Dakwah Fardiyah

1. Ukhuwah

Langkah pertama yang perlu diambil ialah membentuk hubungan dengan mad’u yang dikenal pasti. Ambil berat mengenainya samada dengan menziarahinya, berjumpa mahupun menghubungi melalui telefon. Dalam erti kata lain, kita menjaga kebajikan mad’u kita sebaiknya. Dari situ akan timbul satu bentuk hubungan semacam adik-beradik.

Pada tahap ini juga, untuk menyebut dengan jelas mengenai iman adalah kurang sesuai ditakuti mad’u belum bersedia untuk berbual mengenainya.

2. Iman

Setelah ukhuwah dengan mad’u berjaya dibentuk, bolehlah kita menyelitkan sedikit sebanyak perbicaraan mengenai Iman secara indirect, ataupun bahasa yang digunakan dalam buku karangan Mustafa Masyhur, secara tidak sengaja. Bermakna perbincangan mengenai iman bukanlah melalui tazkirah atau majlis-majlis formal yang kita beri secara direct. Tapi ia lebih berbentuk kepada perbualan harian biasa cumanya diselitkan dengan kekuasaan dan kekuatan Allah.

3. Ibadah Khusus

Seterusnya, setelah mad’u mula merasakan kepentingan iman dalam diri, bolehlah kita berbicara mengenai ketaatan kepada perintah2 dan larangan2 Allah. Kita juga harus membantunya memberntuk akhlak dan disiplin dalam kehidupan seharian. Memberi pengajaran mengenai keburukan2 maksiat dan perkara-perkara basic yang lain.

4. Ibadah Umum

Apabila mad’u kita sudah menunjukkan perkembangan yang mantap dalam ibadah khusus, peranan kita seterusnya adalah untuk menerangkan kesyumulan Islam. Apa yang ingin dibawa pada tahap ini ialah, Islam bukanlah hanya sekadar solat, zakat, puasa dan Haji. Malah Lebih dari itu.

Perlu diterangkan kepada mad’u bahawa, dalam pekerjaan kita seharian yang meliputi makan, minum, tidur dan lain2, sekiranya ia dilakukan ikhlas kerana Allah dan berlandaskan syariat Islam (sunnah nabi), ia juga akan dikiran sebagai ibadah. Dan begitulah sepatutnya skop ibadah yang luas dalam Islam.

5. Dakwah

Setelah mad’u kita sudah jelas mengenai iman dan Islam, langkah seterusnya adalah untuk menerangkan bahawa Islam ini tidak berpada jika kita seorang sahaja yang betul-betul melaksanakannya. Penting untuk kita menyampaikannya kepada orang lain di sekelling kita.

Kita tidak boleh hidup dengan mangasingkan diri dari orang lain sepanjang masa. Sukar untuk Islam berkmbang biak sekiranya Islam tidak disebarkan kepada orang lain. Oleh itu, perlu kita terangkan kepada mad’u bahawa kita perlu turun kepada masyarakat dan mengajar mengenai Islam.

6. Jemaah

Di peringkat ini, mad’u kita harus diterangkan mengenai kepentingan bergerak secara berkumpulan (berjemaah). Daulah Islamiyyah tidak mungkin terbentuk jika kita hanya bergerak seorang. Bergerak secara solo ini menyebabkan kita lebih terdedah kepada bahaya-bahaya dalam dakwah seperti futur dan sebagainya.

Amat penting untuk kita bergerak secara berjemaah sebagai salah satu check and balance system, dan support system.

7. Harakah

Setelah mad’u kita sudah jelas mengenai hakikat kepentingan bergerak secara berjemaah dan sudah melaksanakannya, maka sudah sampai masanya untuk kita menerangkan kepada mad’u akan kepentingan untuk memilih organisasi yang sesuai untuk disertai. Penting untuk kita menerangkan serba sedikit mengenai kepentingan menyertai organisasi kerana dari situ kita akan dapat lihat satu sistem (manhaj) yang lebih jelas untuk merealisasikan dakwah.

Dalam pemilihan organisasi (harakah), penting untuk kita jelas mengenai prinsip-prinsip perjuangan yang kita mahu bawa. Dalam perkara ini, mad’u harus diberi ruang masa untuk berfikir dan berbincang supaya jelas mengenai hala tuju dan juga organisasi mana yang ingin disertai. Kita boleh mempengaruhi keputusan yang ingin dibuat oleh mad’u, tapi jangan sesekali memaksa mad’u untuk menyertai harakah yang kita sertai.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s