Tafsir

Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian…

Posted on Updated on

Bismillah

Alhamdulillah, sekali lagi Allah memberikan kemudahan untuk meluangkan masa mendengar kuliah tafsir mingguan yg disampaikan oleh Br Nouman Ali Khan. Alhamdulillah kelajuan internet di rumah ni mampu untuk streaming kuliah tersebut.

Kuliah sebentar tadi menyebut tentang surah Al-A’laa. Saya amat tertarik dengan kuliah ini kerana Br Nouman memasukkan tafsiran perkataan-perkataan arab secara detail dalam presentation sekali gus membantu saya lebih memahami Al-Quran insyaAllah.

Saya tertarik bila beliau menghuraikan ayat ke-14 surah ini yang bermaksud:

“Sesungguhnya berjayalah orang (yang setelah menerima peringatan itu berusaha) membersihkan dirinya (dengan taan dan amal yang soleh)”.

Dalam ayat ini, beliau menerangkan bahawa untuk seseorang itu berjaya, dia sememangnya perlu melalui perbagai caran dan dugaan kehidupan. Dalam erti kata lain, seseorang itu memang akan menghadapi banyak kesusahan dan kesulitan, sebelum di boleh mencapai kebahagiaan dan kesenangan.

Umpama petani, yang memerah keringat bercucuk tanam. Bersusah payah menjaga dan memelihara tanaman mereka. Terpaksa membelanjakan banyak wang untuk memastikan tanaman mereka tidak rosak dimakan serangga. Banyak juga wang dilaburkan dalam penyelidikan bagi memastikan hasil tanaman nanti adalah yang terbaik.

Begitulah juga manusia lainnya. Untuk memperolehi kebahagiaan dan kejayaan di akhirat kelak, banyak kesusahan dan penderitaan yang harus dilalui. Namun itulah pengorbanan yang harus dilakukan. Tiada jalan mudah untuk beroleh kebahagiaan yang kekal abadi.

Kita harus mendisiplinkan diri kita untuk berjaya. Beberapa langkah penting yang harus diambil untuk memastikan diri kita mencapai apa yang kita mahukan di akhirat nanti insyaAllah.

Seperti yang kita ketahui, bila mati anak Adam, semua benda yang dimiliki akan ditinggalkan di dunia ini kecuali 3 perkara iaitu, Ilmu yang bermanfaat, sedeqah jariah, doa anak yang soleh. Ketiga-tiga perkara ini berkaitan dengan sifat memberi.

Ilmu itu tidak akan bermanfaat pada orang lain jika hanya disimpan dalam diri kita sahaja. Harta yang kita perolehi tidak akan bermanfaat pada orang lain jika kita hanya simpan untuk diri kita sahaja dan tidak pernah terfikir untuk menderma kepada mereka yang menghadapi kesulitan. Seorang anak tidak akan menjadi soleh jika ibu bapanya tidak memberikan didikan Islam yang baik padanya.

Untuk mendapatkan ketiga-tiga perkara ini, banyak kesusahan yang perlu kita hadapi terlebih dahulu. Ilmu tu harus dipelajari dari mereka yang mempunyai kredibiliti untuk mengajarnya. Jika ingin mendalami ilmu matematik, carilah professor matematik dan begitulah seterusnya. Dan untuk mengajarkannya pada orang lain, kita harus dalami dulu ilmu untuk mengajar. Setelah cukup bekalan kedua-dua ilmu ini, barulah kita mengajarkannya pada orang lain dan ilmu itu menjadi bermanfaat pada mereka.

Begitulah aturan kehidupan seorang yang ingin menjadikan ilmu yang ada padanya bermanfaat pada orang lain. Kita tidak akan mampu mengajarkan sesuatu ilmu jika kita sendiri tidak mempunyai apa-apa maklumat tentangnya. Inilah antara bentuk cabaran yang perlu dihadapi sebelum kita boleh mencapai matlamat kita.

Tiada jalan pintas untuk berjaya. Setiap kejayaan perlu ada pengorbanan. Pengorbanan itu membentuk diri kita. Individu yang benar-benar berjaya ialah mereka yang membentuk diri mereka untuk berjuang di jalan Allah dan kejayaan mereka adalah dengan memperolehi syurga.

Dalam ayat ini, beliau menerangkan bahawa untuk seseorang itu berjaya (di akhirat), dia sememangnya akan melalui pelbagai cabaran dan dugaan kehidupan. Dalam erti kata lain, seseorang itu memang akan melalui kesusahan yang pelbagai dahulu, sebelum dia boleh mencapai kebahagiaan atau kesenangan di akhirat kelak. Itulah nilai yang perlu dibayar bagi individu yang ingin berjaya.
Advertisements