Politics

Yulia Tymoshenko

Posted on

Nama Yulia Tymoshenko adalah sangat asing dalam hidup saya. Tidak pernah didengari, apatah dikenali orang ini, tetapi namanya sangat popular pada saat ini. Kisahnya digembar-gemburkan dengan hebat sempena kedatangan EURO 2012 ketika ini.

Baca di sini untuk sedikit latar belakang beliau: http://en.wikipedia.org/wiki/Yulia_Tymoshenko

Apabila disoroti perjalanan politik beliau, saya teringat kepada seseorang. Jalan cerita mereka berdua hampir sama, mereka dihukum atas kesalahan yang sama, tujuan mereka dihukum juga sama: untuk membunuh kareer politik mereka.

Sudah tentu di negara Ukraine, perkara yang sama kita akan dapati. Pasti ada sahaja mereka yang menyokong dan menentang beliau. Pasti ada sahaja usaha daripada puak yang ingin menjatuhkan beliau, cuba mencari apa sahaja jalan, asalkan beliau berjaya dihukum melalui saluran undang-undang.

Seperti yang dijangka, dalam kalangan rakyat Ukraine, ada yang bijak menganalisis situasi semasa, ada juga yang bodoh yang menerima apa sahaja yang disuapkan. Ada juga yang bijak yang memanipulasi keadaan, ada juga yang bodoh yang menjadi bahan untuk dimanipulasikan. Ada yang bijak yang mengambil kesempatan, ada yang bodoh yang jatuh ke dalam perangkap.

Yang pasti selamat adalah orang yang berusaha mencari ilmu, dan berdiri atas prinsip kebenaran. Biarpun disuap dengan pelbagai cerita, dihidangkan dengan pelbagai upacara, disajikan dengan pelbagai hadiah, golongan ini akan tetap menerima apa yang benar sekalipun ia datang daripada pihak lawan, dan menolak apa yang salah sekalipun ia datang daripada pihak kawan.

Mustahil kebatilan akan berkuasa untuk selama-lamanya. Yang haq tetap akan kembali semula.

Posted on

Bismillah

I seriously dont like things that happen in Selangor now. Lekehnya pihak berkuasa kerana masih beranggapan rakyat macam tade akal!

Taksub

Posted on

Bismillah

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah

Belum pernah lagi saya jadikan blog ini sebagai tempat untuk meluahkan perasaan. Cuma kadang-kadang, rasa geram juga melihat keadaan sekeliling yang tak menentu hala. Kata-kata dilemparkan sesuka hati, tuduh-menuduh tanpa asas yang kukuh, menghukum seseorang tanpa soal selidik, dan pelbagai lagi isu yang saya kira adalah antara faktor mengapa golongan belia sekarang ini menjauhkan diri dari mengambil berat isu politik negara.

Saya bukanlah peminat UMNO, tapi untuk mengatakan bahawa apa yang dibuat oleh mereka sentiasa salah adalah satu ketaksuban. Untuk mengatakan PAS sentiasa betul juga adalah satu ketaksuban. Secara umumnya, bukan semua perkara yang dibuat oleh pemimpin UMNO adalah buruk, dan bukan semua perkara yang dibuat oleh pemimpin PAS adalah baik.

Kita haruslah bijak dalam meneliti yang mana betul dan yang mana salah. Ini yang perlu kita pelajari. Islam mengajar kita agar hidup dengan prinsip yang betul dan jelas, dan berpegang teguh dengannya. Jika kita betul mengamalkannya, insyaAllah kita boleh elakkan ketaksuban.

Saya pasti ramai antara kita yang mahukan negara yang aman dan sejahtera. Untuk mendapatkannya, kita perlukan pemimpin yang komited untuk melaksanakan dasar-dasar keamanan. Dalam masa yang sama, pemimpin kita harus juga bebas dari rasuah dan salah guna kuasa. Saya maksudkan perkara ini untuk semua pemimpin, sama ada BN atau pun PR.

Rakyat juga harus komited untuk membantu pemimpin kita melakukan perubahan. Kalau setakat kutuk-mengutuk, umpat-mengumpat, maki-hamun, sumpah-seranah di kedai kopi atau di mana-mana, jangan haraplah Malaysia ini akan aman. Sikap kita perlu diubah!

Wacana Politik Bersama Pak Cahyadi Takariawan

Posted on Updated on

Bismillah

Alhamdulillah, semalam sempat saya mengikuti satu slot bersama Pak Cahyadi Takariawan, antara tokoh penting yang berjuang dalam PKS (Partai Keadilan Sejahtera) di Indonesia. Beliau juga merupakan ahli majlis syura PKS.

Alhamdulillah, perkongsian semalam terlalu banyak manfaatnya. Antara perkara yang harus kita teladani ialah, kita MESTI tidak putus-putus teruskan usaha dakwah walaupun sehebat mana tentangan yang diberikan oleh pihak pemerintah.

Pak Cahyadi berkongsi bagaimana keperitan ikhwah di Indonesia ketika di zaman pemerintahan Suharto. Ramai pejuang-pejuang Islam dibunuh di zamannya, pergerakan-pergerakan Islam ditekan habis-habisan untuk menahan kebangkitan kesedaran Islam di Indonesia. Inilah ujian yang berlaku ketika di zaman Suharto.

Kini Indonesia dipimpin oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dan PKS bekerjasama untuk memenangkan SBY. Kerjasama antara PKS dan Partai Demokrat (dipimpin oleh SBY) ini berlaku sejak PilPres (Pemilihan Presiden) 2004. Tindakan ini dilakukan oleh PKS atas beberapa sebab. Antaranya adalah SBY merupakan calon presiden yang paling kurang mudhoratnya berbanding calon-calon yang lain.

Alhamdulillah atas kerjasama ini, PKS memperolehi banyak manfaatnya. Manfaat yang paling dirasai adalah kebebasan untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti dakwah dan tarbiyyah di seluruh Indonesia. Dan ini merupakan sesuatu nikmat yang besar impaknya ke atas ikhwah di sana khususnya, dan masyarakat Indonesia umumnya.

Melalui kerjasama ini, PKS telah berjaya membentuk satu ‘Payung Politik’ yang agak kukuh. Mereka memanfaatkan sepenuhnya peluang ini dengan menggerakkan seluruh jentera yang ada untuk menyebarluaskan mesej Islam di sana.

Pada Pemilu 1999, PKS memperolehi sebanyak lebih kurang 1.3% undi. Pada 2004, ia meningkat kepada 7.4%. Dan pada Pemilu 2009 yang diadakan baru-baru ini, PKS hanya berjaya meningkatkan sedikit sahaja undi kepada 7.8%.

Kalau diikutkan unjuran yang mereka buat, sepatutnya mereka mampu untuk mencapai undi melebihi 20% pada Pemilu 2009 seterusnya mampu untuk mencalonkan presiden dari PKS sendiri. Namun, atas kegagalan ini, PKS sekali lagi akan bekerjasama dengan Partai Demokrat, dengan calon presidennya SBY pada PilPres 2009 Julai nanti.

Alhamdulillah, itulah sedikit sebanyak perjuangan PKS, sebuah parti yang amat dikenali dengan kegiatan dakwahnya.