Credit Hour Juice

Bolehkah Master PIES Difahami Tanpa Melaksanakan Credit Hour Juice?

Posted on

PIES – fizikal, intelektual, emosional dan spiritual merupakan 4 elemen yang membentuk diri seorang manusia. Tidak sempurna penciptaan seorang manusia tanpa elemen-elemen ini hatta seorang penjenayah sekali pun, dia tetap mempunyai kesemua elemen ini.

Bagi seorang manusia yang ingin memahami PIES dalam dirinya, ada beberapa perkara yang tidak boleh tidak dilaksanakan dalam kehidupan seharian. Salah satunya ialah Credit Hour Juice (CHJ). Apakah yang dimaksudkan dengan CHJ ini?

Credit Hour Juice atau CHJ merupakan satu tool untuk menguruskan masa secara bijaksana dan efektif. CHJ membantu seseorang untuk mencapai dan melaksanakan lebih banyak perkara dalam sesuatu tempoh masa.

Dalam satu hadith, Baginda SAW menyebut “Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara: Masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sempit, dan masa hidup sebelum mati.

CHJ mengambil konsep dalam hadith di atas untuk memanfaatkan segala peluang yang ada. Sebagai contoh, masa muda kita perlu digunakan sebaiknya. Peluang masa muda seperti tenaga yang banyak, kekuatan fizikal yang mantap boleh membantu kita untuk mencapai banyak perkara kebaikan. Tapi jika kita mensia-siakan masa muda kita, kekuatan dan tenaga kita akan menjadi tidak berguna sama ada untuk manfaat diri sendiri mahuun orang lain.

Yang paling utama sekali dalam CHJ ini ialah, masa hidup sebelum mati. Peluang masa hidup ini harus digunakan semaksimum mungkin untuk perkara kebaikan. Jika kita sudah mati nanti, tidak ada yang kita boleh usahakan lagi untuk kebaikan di akhirat.

Penguasaan konsep ini amat penting sebelum kita boleh menguasai PIES kerana konsep ini menerangkan bagaimana hidup kita perlu diatur dan dimanfaatkan secara menyeluruh. Pengurusan diri dan masa serta kekuatan dan tenaga yg diterangkan melalui konsep ini juga membantu ke arah penguasaan PIES. InsyaAllah jika kita dapat mengecapi kefahaman dalam perlaksanaan Credit Hour Juice ini, kita lebih mudah mengatur PIES dan memanfaatkannya semaksimum mungkin.

Advertisements