Fiqh

Isu Berkaitan Reimbursement, Claim & Seumpamanya

Posted on

Bismillah

Assalamualaikum wbt

Situasi:
Kami pelajar Actuarial Science digalakkan untuk menduduki professional exam untuk memudahkan kami mendapat pekerjaan kelak. Namun begitu, peperiksaan ini tidak diwajibkan untuk kami ambil sama ada oleh pihak universiti mahupun sponsor kami. Walaupun sedemikian, sekiranya kami mengambilnya, kami dibenarkan untuk claim semula perbelanjaan yang kami keluarkan untuk membayar yuran professional exam tersebut, dengan syarat kami mesti lulus exam itu. Dalam erti kata yang lain, sekiranya kami tidak lulus, kami tidak boleh claim semula.

Pihak universiti dan penaja kami kedua-duanya membenarkan kami untuk mendapatkan reimbursement daripada mereka. Pihak universiti akan memberikan sama ada partial atau full reimbursement, manakala penaja akan memberikan full reimbursement.

Soalannya:
Adakah kami dibenarkan untuk mendapatkan reimbursement daripada kedua-dua pihak tersebut atas 1 exam yang sama yang kami berjaya lulus?

Isu seumpama ini telah diulas dengan baik oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR) di blog beliau. Apa yang bakal dibincangkan di bawah lebih kepada untuk menjawab persoalan di atas.

Saya amat menggalakkan sekiranya para pembaca sekalian meneliti dahulu artikel yang ditulis oleh UZAR di blognya (link di atas) sebelum membaca penulisan ini agar anda lebih memahami perbincangan yang dikemukakan.

Dalam membincangkan hal ini, amat penting untuk kita memahami situasi yang disebutkan di atas, iaitu:

  • ‘Barangan’ yang dibayar tersebut adalah untuk kegunaan atau kepentingan peribadi, bukan untuk kegunaan atau kepentingan syarikat, universiti, atau yang lainnya. (‘barangan’ tersebut ialah professional exam)
  • Reimbursement tersebut diminta daripada dua pihak, yang mana kedua-dua pihak tersebut adalah pihak yang berbeza. (2 pihak tersebut ialah pihak universiti dan sponsor)

Bagi memudahkan pemahaman, saya akan memberikan contoh berikut:
Yuran Peperiksaan: $200
Reimbursement daripada pihak universiti: $100 (partial reimbursement)
Reimbursement daripada pihak sponsor: $200 (full reimbursement)

Sekiranya pelajar tersebut membuat tuntutan reimbursement daripada kedua-dua pihak (universiti & sponsor), ini bermakna, jumlah reimbursement yang pelajar tersebut akan perolehi ialah $300, sedangkan perbelanjaan yang dikeluarkan olehnya hanyalah $200. Dalam keadaan ini, pelajar tersebut memperolehi $100 ‘keuntungan’ atas reimbursement yang dituntutnya itu.

‘Keuntungan’ yang diperolehi oleh pelajar tersebut adalah sama dengan ‘keuntungan’ yang disebutkan oleh UZAR dalam artikelnya tersebut, walaupun situasinya berbeza. ‘Keuntungan’ yang diperolehi itu adalah berasaskan penipuan yang dilakukan dalam menuntut semula pembayaran yang telah dibuat. Dalam hal ini, pelajar itu telah menipu kedua-dua pihak iaitu universiti dan sponsor kerana:

  • pihak universiti tidak mengetahui bahawa pelajar tersebut juga membuat tuntutan reimbursement daripada pihak sponsor, dan
  • pihak sponsor juga tidak mengetahui bahawa pelajar tersebut telah membuat tuntutan reimbursement daripada pihak universiti

Kes ini adalah sebahagian daripada realiti yang berlaku di peringkat pelajar. Banyak lagi perkara seumpamanya yang berlaku dalam masyarakat kita dewasa ini.

Saya terlebih dahulu ingin mengingatkan diri saya kemudian pembaca sekalian agar kita menjadi lebih teliti dalam urusan tuntutan reimbursement supaya kita tidak memakan perkara yang haram, yang seterusnya akan menjadi darah daging kita.

Sabda Rasulullah (mafhumnya):

“menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya.” ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Wallahua’lam.

Advertisements

Fikah Luar Negara by Ustaz Maszlee Malik

Posted on Updated on

Bismillah

Alhamdulillah, sempat saya habiskan buku nipis bertajuk “Fikah Luar Negara” yang ditulis oleh Ustaz Maszlee Malik, satu nama yang tidak asing lagi terutamanya di kalangan mahasiswa di Malaysia.

Buku ini menerangkan dengan ringkas beberapa rukhsah yang terdapat dalam ajaran Islam berdasarkan pendapat para ulama’ terdahulu dan kontemporari.Hujah-hujahnya tetap bersumberkan al-Quran dan hadith yang sahih. Yang dibentangkan dalam buku ini ialah perbezaan pendapat para ulama dan beberapa kecenderungan penulis dalam memilih sesuatu pendapat.

Antara permasalahan yang disentuh dalam buku ini ialah soal menyapu khauf, jama’ dan qasar (jarak min, berapa lama boleh qasar, etc.), pemakanan (kosher, etc.), serta beberapa isu lain yang menarik dikupaskan.

Bagi saya, buku seumpama ini mesti dimiliki oleh mereka yang akan berhijrah keluar negara sama ada untuk jangka masa pendek atau panjang kerana buku ini sedikit sebanyak mampu menjelaskan beberapa kekeliruan serta membantu meringankan sedikit urusan melaksanakan ibadah ketika bermusafir dan berada di perantauan.

InsyaAllah dengan memahami isi kandungan buku ini juga, kita akan dapati bahawa Islam itu adalan cara hidup yang mudah dan tidak menyusahkan.

Wallahua’lam