Month: September 2010
A Newborn
Bismillah
Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah
Last week I was informed that a new baby in the family has finally arrived. After 2 grandsons, now my parents have the 1st granddaughter. But she has not been named yet, or maybe I have not received any news about it. So this is her picture, with her brother, Irfan,
Welcome to the family!
Ramadhan
Bismillah
Ramadhan yang lalu menjadi medan pemangkin bagiku
Pemangkin kepada satu perubahan yang lebih laju
Perubahan yang menjanjikan seribu macam agenda baru
Perubahan yang akan menguatkan diriku
Untuk menjadi seorang hamba yang lebih bermutu
Namun aku tidak mampu untuk berjanji
Kerana dunia ini banyak serba tidak pasti
Perubahan yang cuba ku usahakan ini
Memerlukan kesabaran yang tidak henti-henti
Mendambakan kegigihan yang aku sendiri sedang mencari-cari
Namun ku amat yakin dan pasti
Janji Ilahi itu tidak boleh dinafikan lagi
Oleh itu aku haru berusaha dan berusaha lagi
Moga aku terus tsabat dijalan ini
Sehingga akhir hayat ku nanti
Bersama-sama dengan orang yang dikasihi Ilahi
Ya Allah ya Rabbi
Tiada yang ku cari melainkan cinta yang pasti
Andai aku tidak mampu mencari
Kau suluhi lah jalan yang aku bakal lalui ini
Aku amat takut jika aku futur nanti
Tiada siapa yang datang untuk membimbingku lagi
Ya Rabbi
Maafkan diriku ini
Aku hanyalah insan yang lemah
Yang sentiasa memerlukan kekuatan dan petunjuk dariMu
Eidul-Fitr
Bismillah
Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah
Telah lengkap 30 hari Ramadhan pada tahun ini, namun terasa sedikit takut dan sayu di hati. Tarbiah yang dilalui sepanjang bulan itu betul-betul membantuku untuk menjernihkan kembali niat dan halatujuku. Ku amat takut, dengan pemergian Ramadhan ini, latihan yang ku jalani terhenti di situ.