Month: May 2010

Computer Games? X-Box 360? PS3? Wii? Nintendo? Etc…

Posted on Updated on

Bismillah

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah

Permainan seperti yang disebutkan di atas bukanlah sesuatu benda yang asing lagi pada dunia hari ini. Bagi yang  mampu, permainan seperti ini boleh dibeli sendiri dan diletakkan di rumah masing-masing. Bagi yang kurang mampu, mereka boleh pergi ke rumah rakan mereka yang mampu, atau ke kedai yang menawarkan permainan ini.

Ia memang sudah tidak asing lagi sehingga anak yang dibesarkan dan dididik dengan suasana Islami pun turut terjebak dengan perkara ini. Ya, sudah tentu saya tidak terkecuali. Tidak sekejap tempoh saya terlibat dengan permainan ini. 3 tahun? 4 tahun? Lebih daripada 10 tahun sebenarnya. Saya pernah tidak tidur malam kerana berusaha sedaya upaya untuk menamatkan missions yang diberikan dalam salah satu permainan yang saya main.

Alhamdulillah…Allah masih sayangkan saya dan mahu saya menggunakan tenaga yang ada untuk perkara yang lebih produktif dan menyumbang kepada masyarakat. Jadi saya akhirnya memulakan perngembaraan untuk menghentikan gejala bermain permainan ini selangkah demi selangkah. Ia suatu pengembaraan yang panjang dan memerlukan kesabaran yang tinggi.

Saya masih belum berani lagi untuk mengatakan saya berjaya berhenti bermain sepenuhnya, kerana kadang-kadang masih terlintas lagi di hati saya untuk bermain, walaupun selalunya saya tidak meneruskan hasrat untuk bermain itu. Ia bukanlah sesuatu yang mudah, ia bukanlah sesuatu yang mudah…

Bagi yang mengenali saya secara rapat mungkin tertanya-tanya, apakah yang menjadikan saya berhenti daripada bermain? Hmmm…terus-terang saya katakan, jawapannya mudah, tetapi perlaksanaannya memerlukan masa yang panjang dan kesabaran yang tinggi.

Segala-galanya bermula dengan keazaman yang tinggi (dengan izin Allah) untuk berhenti bermain. Selagi mana tiada keazaman, selagi itu tidak mungkin saya akan berjaya berhenti bermain.

Nak kata saya tiada masa untuk bermain? Sebenarnya sekarang ini pun saya boleh berhenti menulis dan pergi bermain. Di celah-celah minggu peperiksaan pun saya pernah bermain. Di tengah-tengah kesibukan dengan lambakan homework pun saya boleh bermain. Apatah lagi orang sering mengatakan bahawa Actuarial Science Students memang mempunyai banyak masa yang lapang berbanding Engineering Students.

Jadi untuk mengatakan bahawa saya tiada masa untuk bermain adalah alasan yang tidak tepat bagi saya.

Tapi…untuk melahirkan keazaman yang tinggi itu, memang memerlukan alasan yang solid sebagai asas kepada tindakan saya seterusnya. Alasannya pun bukanlah suatu yang susah untuk saya berikan, tetapi memerlukan kefahaman yang jelas dan tepat untuk saya bertindak. Tanpa memahami alasan ini, saya tidak mungkin akan berhenti bermain sehingga sekarang…tidak mungkin.

Ya, memang saya mempunyai banyak tanggungjawab (tapi belum sebanyak tangungjawab yang dipikul oleh ibubapa saya). Tidak perlu sebut apa komitmen saya, tapi ini adalah alasannya mengapa saya berhenti bermain. Bukanlah kerana saya Presiden persatuan sekian-sekian, atau Naqib kepada usrah sekian-sekian, atau sekian-sekian jawatan yang menyebabkan saya berhenti, tapi sejak saya memahami tugas saya atau tujuan saya hidup, itulah yang menjadi batu lonjatan kepada apa yang saya lakukan untuk berhenti bermain.

Terus-terang saya katakan, pada saat saya menjadi Timbalan Presiden kepada persatuan sekian-sekian, atau Naqib kepada usrah sekian-sekian, saya masih lagi bermain. Padahal pada saat itu saya adalah pemimpin, yang akan memimpin orang ke arah jalan yang diredhai Allah. Tetapi bagaimana saya mahu melaksanakannya kalau saya sendiri hidup dalam keadaan yang tidak diredhai?

Pada saat saya adalah pemimpin kepada orang-orang yang akan melaksanakan Amar Maaruf dan Nahi Mungkar, tapi saya masih lagi melakukan perkara mungkar yang saya menyuruh orang tinggalkan. Jadi bagaimana saya mahu melatih orang-orang yang mengikuti saya?

Ya, keazaman untuk berubah itu amatlah penting. Jika tiada dalam diri seseorang itu perasaan ingin berubah, anda cakaplah macam mana sekalipun, dia tetap tidak akan berubah. Tetapi ingat, itu bukanlah alasan bagi kita untuk mengalah!

Janji Allah itu pasti.

New Family Members

Posted on Updated on

Bismillah

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah

I received the news back on Monday, just before I headed to the 1st exam, my sister was in Hospital preparing to deliver her first baby. Alhamdulillah, everything went well. Welcome to the family, Umar Alfarouq bin Azim (Actually, I forgot my brother-in-law’s full name…hehe…). This is my 2nd nephew inshaAllah.

And this is the 1st one. Born in 2008, and I met him last year. Everybody was excited when he came (including me of course). Irfan Arami bin Luqman.

May Allah help and protect them from any kind of dangerous diseases, harm, etc. May Allah make them qurratu-a’yun for their parents inshaAllah.

p/s: Dont ask me when I’m going to have my own child 😛

Ya Allah

Posted on

Bismillah

Ya Allah, ampunilah dosa kami

Dosa kedua ibu bapa kami

Dosa ahli keluarga kami

Dosa guru-guru kami

Dosa sahabat kami

Doa seluruh umat Islam sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia

Ya Allah, Kau kurniakanlah kami ketenangan

Kurniakanlah kami hidayah, agar kami terus hidup dengannya

Kurniakanlah kami akal fikiran yang cerdas, agar kami mampu berfikir dan berzikir

Kurniakanlah kami ilmu, agar kami mampu membuat keputusan sendiri

Kurniakanlah kami kefahaman, agar kami mampu beramal dengannya

Ya Allah, Kau kurniakanlah kami pertolongan

Kurniakanlah kami kesabaran, agar kami terus maju kehadapan dengannya

Kurniakanlah kami ketabahan, agar kami mampu menempuh segala cabaran yang ada

Kurniakanlah kami kebijaksanaan, agar kami mampu menyampaikan wahyu-Mu sewajarnya

Ya Allah, Kau kurniakanlah kami pasangan yang mencintai-Mu melebihi yang lainnya

Agar dengannya kami mendapat kerehatan

Agar dengannya kami mendapat kesejukan mata

Agar dengannya kami mendapat ketenangan jiwa

Agar dengannya kami dapat berkongsi suka dan duka

Agar dengannya kami dapat zuriat yang sempurna

Ya Allah,

Sesungguhnya kami ni hamba yang banyak dosanya

Sesungguhnya kami ni hamba yang banyak lalai lekanya

Sesungguhnya kami ni hamba yang banyak membuat kerosakannya di bumi

Sesungguhnya kami ni hamba yang banyak lemahnya

Ya Allah,

Hanya kepada-Mu kami memohon