Month: April 2010

Melunturkan Kecintaan Kepada Dunia

Posted on

Bismillah

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah

Sejak kebelakangan ini, saya banyak berfikir, terutamanya tentang bagaimana untuk melunturkan kecintaan kepada dunia yang ada dalam diri saya ini. Ya, saya akui, ia bukanlah suatu yang mudah, dan saya tak rasa perjuangan untuk melunturkannya akan berjaya dikecapi sepenuhnya, walaupun sehingga saya mengecap kematian nanti. Sebabnya, walaupun saya sudah berjaya mengatasi satu, dua, tiga atau empat, pastu ada yang lain akan menggantikannya. Dan begitulah Allah menguji hamba-hambaNya termasuklah saya, dan ianya tidak lain adalah untuk menguji keimanan kita kepada Allah.

Setelah beberapa lama berfikir, saya amat yakin memang saya sudah mempunyai jawapannya. Tapi kalau ia kekal sebagai jawapan yang ada dalam kepala saya, tanpa saya mengamalkannya, ia akan menjadi sesuatu yang sia-sia. Ya, sebenarnya yang berat tu adalah pengamalannya.

Ramai manusia sudah pasti mempunyai pelbagai jenis ilmu pengetahuan, dari segi halal haram dalam makanan, halal haram dalam mencari rezeki, halal haram dalam pergaulan, dan seterusnya. Ya, ramai sudah pasti mempunyai ilmu-ilmu ini. Tapi disebabkan kita tidak biasa mengamalkannya, ilmu-ilmu ini akan luput, dan seterusnya kita menjadi kabur dalam mengenal pasti mana yang hitam dan mana yang putih.

Kekaburan yang berlaku bukanlah kerana kita tidak pernah langsung mengetahui mana yang halal dan mana yang haram, tapi disebabkan kita sudah membiasakan diri bergelumang dengan dosa-dosa, akhirnya perkara-perkara ini sudah menjadi sebati dengan darah daging kita. Seterusnya menjadi semakin susah bagi kita untuk mengeluarkan diri daripada kebiasaan tersebut. Dan apabila datang segelintir manusia yang menegur tentang kesilapan yang kita lakukan, lantas ramai yang melenting dan ucapan-ucapan seperti “lantak akulah, kubur kita lain-lain” acap kali kedengaran. Jika tidak melenting pun, ramai yang tunduk dan mendengar teguran tersebut, tetapi tiada tindakan yang diambil selepas itu.

Astaghfirullah…

Barangkali ayat ini boleh membuka sedikit mata kita:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah”

Al-Anfaal, 8:2

Sebenarnya, kita perlu yakin dengan sebetulnya bahawa Islam ini amat mudah untuk diamalkan.

Tapi kalau rasa susah jugak macam mana?

Ketahuilah, pada saat kita berasa susah itulah yang menjadi tanda bahawa betapa banyaknya perkara-perkara duniawi yang melalaikan telah banyak bertaut dalam diri kita…

Wallahua’lam…

Advertisements

Truth & Consequences of the Gaza Invasion by Dr Norman Finkelstein

Posted on

Bismillah

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah

I had the opportunity to listen to Dr Norman’s lecture here in Purdue. I knew him from the brother in California.

Dr Norman is one of the non-Muslim who fight for the Palestinians. He was kicked out from his university because of his strong opinion against Zionist.

Anyway, enjoy his lecture… http://blip.tv/file/3488120

What The Canadian Professor Gary Miller Said About The Quran?

Posted on

Sumber: Di Sini

Abu Lahab and the Canadian Professor Gary Miller

Who is Gary Miller?

Professor Gary Miller, the active Canadian preacher and mathematics and logic lecturer at Toronto University, decided to provide a great service to Christianity through exposing scientific and historical errors in the Quran in such a way that would be beneficial to him and his fellow preachers in calling Muslims to Christianity. However, the result was completely to the contrary. Miller’s writings were fair and his study and comments were positive, even better than many Muslims would write about the Quran. He considered the Quran, as it should be and reached the conclusion that it cannot be a work of a human being.

What Gary Miller says about the story of Abu Lahab?

In his lecture, “The Amazing Quran”, 1977, Gary Miller said:

“Prophet Muhammad had an uncle by the name of Abu Lahab. This man hated Islam to such an extent that he used to follow the Prophet around in order to discredit him. If Abu Lahab saw the Prophet speaking to a stranger, he would wait until they parted and he would go to the stranger and ask him, “What did he tell you? Did he say, ‘Black’? Well, it’s white. Did he say ‘morning’? Well, it’s night.” He faithfully said the exact opposite of whatever he
heard Muhammad and the Muslims say. However, about ten years before Abu Lahab died; a little chapter in the Quran (Surah 111) was revealed about him. It distinctly stated that he would go to the fire (i.e., Hell). In other words, it affirmed that he would never become a Muslim and would therefore be condemned forever.

For ten years all Abu Lahab had to do was say, “I heard that it has been revealed to Muhammad that I will never change – that I will never become a Muslim and will enter the Hellfire. Well, I want to become Muslim now.

How do you like that? What do you think of your divine revelation now?” But he never did that. And yet, that is exactly the kind of behavior one would have expected from him since he always sought to contradict Islam.
In essence, Muhammad said, “You hate me and you want to finish me? Here, say these words, and I am finished. Come on, say them!”

But Abu Lahab never said them. Ten years!
And in all that time he never accepted Islam or even became sympathetic to the Islamic cause.
How could Muhammad possibly have known for sure that Abu Lahab would fulfill the Quranic revelation if he (i.e., Muhammad) was not truly the messenger of Allah?  How could he possibly have been so confident as to give someone 10 years to discredit his claim of prophethood?

The only answer is that he was Allah’s messenger; for in order to put forth such a risky challenge, one has to be entirely convinced that he has a divine revelation.”

And it was actually Abu Lahab’s story that made Dr Gary Miller become Muslim.

Isu Berkaitan Reimbursement, Claim & Seumpamanya

Posted on

Bismillah

Assalamualaikum wbt

Situasi:
Kami pelajar Actuarial Science digalakkan untuk menduduki professional exam untuk memudahkan kami mendapat pekerjaan kelak. Namun begitu, peperiksaan ini tidak diwajibkan untuk kami ambil sama ada oleh pihak universiti mahupun sponsor kami. Walaupun sedemikian, sekiranya kami mengambilnya, kami dibenarkan untuk claim semula perbelanjaan yang kami keluarkan untuk membayar yuran professional exam tersebut, dengan syarat kami mesti lulus exam itu. Dalam erti kata yang lain, sekiranya kami tidak lulus, kami tidak boleh claim semula.

Pihak universiti dan penaja kami kedua-duanya membenarkan kami untuk mendapatkan reimbursement daripada mereka. Pihak universiti akan memberikan sama ada partial atau full reimbursement, manakala penaja akan memberikan full reimbursement.

Soalannya:
Adakah kami dibenarkan untuk mendapatkan reimbursement daripada kedua-dua pihak tersebut atas 1 exam yang sama yang kami berjaya lulus?

Isu seumpama ini telah diulas dengan baik oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR) di blog beliau. Apa yang bakal dibincangkan di bawah lebih kepada untuk menjawab persoalan di atas.

Saya amat menggalakkan sekiranya para pembaca sekalian meneliti dahulu artikel yang ditulis oleh UZAR di blognya (link di atas) sebelum membaca penulisan ini agar anda lebih memahami perbincangan yang dikemukakan.

Dalam membincangkan hal ini, amat penting untuk kita memahami situasi yang disebutkan di atas, iaitu:

  • ‘Barangan’ yang dibayar tersebut adalah untuk kegunaan atau kepentingan peribadi, bukan untuk kegunaan atau kepentingan syarikat, universiti, atau yang lainnya. (‘barangan’ tersebut ialah professional exam)
  • Reimbursement tersebut diminta daripada dua pihak, yang mana kedua-dua pihak tersebut adalah pihak yang berbeza. (2 pihak tersebut ialah pihak universiti dan sponsor)

Bagi memudahkan pemahaman, saya akan memberikan contoh berikut:
Yuran Peperiksaan: $200
Reimbursement daripada pihak universiti: $100 (partial reimbursement)
Reimbursement daripada pihak sponsor: $200 (full reimbursement)

Sekiranya pelajar tersebut membuat tuntutan reimbursement daripada kedua-dua pihak (universiti & sponsor), ini bermakna, jumlah reimbursement yang pelajar tersebut akan perolehi ialah $300, sedangkan perbelanjaan yang dikeluarkan olehnya hanyalah $200. Dalam keadaan ini, pelajar tersebut memperolehi $100 ‘keuntungan’ atas reimbursement yang dituntutnya itu.

‘Keuntungan’ yang diperolehi oleh pelajar tersebut adalah sama dengan ‘keuntungan’ yang disebutkan oleh UZAR dalam artikelnya tersebut, walaupun situasinya berbeza. ‘Keuntungan’ yang diperolehi itu adalah berasaskan penipuan yang dilakukan dalam menuntut semula pembayaran yang telah dibuat. Dalam hal ini, pelajar itu telah menipu kedua-dua pihak iaitu universiti dan sponsor kerana:

  • pihak universiti tidak mengetahui bahawa pelajar tersebut juga membuat tuntutan reimbursement daripada pihak sponsor, dan
  • pihak sponsor juga tidak mengetahui bahawa pelajar tersebut telah membuat tuntutan reimbursement daripada pihak universiti

Kes ini adalah sebahagian daripada realiti yang berlaku di peringkat pelajar. Banyak lagi perkara seumpamanya yang berlaku dalam masyarakat kita dewasa ini.

Saya terlebih dahulu ingin mengingatkan diri saya kemudian pembaca sekalian agar kita menjadi lebih teliti dalam urusan tuntutan reimbursement supaya kita tidak memakan perkara yang haram, yang seterusnya akan menjadi darah daging kita.

Sabda Rasulullah (mafhumnya):

“menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya.” ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Wallahua’lam.

Ilmu Tanpa Amal Ibarat Pokok Tanpa Buah

Posted on Updated on

Penguasaan ilmu adalah sesuatu yang amat ditekankan dalam Islam, baik kepada lelaki atau perempuan. Tujuan penekanan ini adalah agar manusia mampu mengenali siapakah Penciptanya, sebab penciptaannya, dan bagaimana untuk menjalani kehidupan sebagai manusia di atas muka bumi ini.

Penekanan ini adalah amat kuat sehingga Allah menyatakan dalam al-Quran, bahawa mereka yang sebenarnya takut kepada Allah ialah orang yang berilmu:

إِنَّمَا يَخۡشَى ٱللَّهَ مِنۡ عِبَادِهِ ٱلۡعُلَمَـٰٓؤُاْۗ
“…Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu…”
(Al-Fatr, 35:28)

Sebagaimana pentingnya penekanan kepada penguasaan ilmu, begitu jugalah pentingnya kepada pengamalan pada ilmu yang diperolehi dengan sewajarnya, sepertimana yang dijelaskan melalui konsep iman itu sendiri, iaitu meyakini dengan hati, berikrar dengan lidah dan mengamalkannya dengan anggota. Namun begitu, realiti umat Islam kini tidak begitu.

Majoriti umat Islam kini meletakkan iman mereka hanya pada perkara-perkara tertentu sahaja, seperti soal halal haram dalam makanan. Namun ramai yang tidak meletakkan iman mereka pada perkara yang lebih pokok, seperti daripada mana sumber makan datang, duit yang digunakan untuk memperolehi makanan tersebut adalah dari sumber yang halal atau haram, dan seterusnya. Ada pula yang meletakkan Islam hanya pada ibadah seperti solat, puasa, dan sebagainya. Tetapi dalam masa yang sama, dialah orang yang meniru dalam peperiksaan, meniru kerja rumah kawan, dan seumpamanya.

Hal ini bukan sahaja mencacatkan iman umat Islam, malah men’cacat’kan juga pemahaman orang bukan Islam terhadap Islam disebabkan oleh apa yang telah dipertunjukkan kepada mereka. Maka timbullah persoalan seperti, “Saya tidak nampak apa yang baiknya pada Islam”, “Saya nampak orang Islam ke orang bukan Islam ke sama sahaja, bahkan kadang-kadang orang bukan Islam lebih baik dari orang Islam”, dan sebagainya.

Siapakah yang bersalah dalam hal ini?

Tidak syak lagi, bahawa umat Islam perlu bermuhasabah diri sendiri semula.

Islam itu suatu cara hidup yang praktikal, sesuai dengan setiap keadaan, tempat dan masa. Amatlah wajar bagi umat Islam menguasai sebarang Ilmu pengetahuan, baik dalam bidang fizik, astronomi, kejuruteraan dan sebagainya. Malah yang lebih utama sekali adalah agar umat Islam menguasai dan memahami Islam itu sendiri. Tetapi, amatlah tidak wajar jika ilmu pengetahuan yang diperolehi itu hanya disimpan sendiri-sendiri sahaja.

Firman Allah dalam surah Fussilat, 41:33:

وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلاً۬ مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَـٰلِحً۬ا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!

Di dalam ayat di atas, boleh difahami bahawa adalah merupakan satu tanggungjawab bagi umat Islam untuk menyampaikan Islam kepada orang lain, sama ada kepada umat Islam yang meletakkan iman bukan pada tempat yang sebenarnya, atau kepada orang bukan Islam. Dan ia menuntut agar umat Islam bukan sahaja membaiki diri sendiri, bahkan membaiki orang lain pula. Melalui pemahaman seumpama inilah sebenarnya ajaran Islam boleh tersebar melangkaui tanah arab.

Cuba bayangkan, sekiranya Rasulullah hanya menyimpan wahyu yang diterima itu untuk pengetahuan sendiri sahaja, Baginda tidak mengamalkannya, tidak juga menyampaikannya kepada orang lain. Apakah yang akan terjadi kepada umat manusia sekiranya tindakan seumpama itulah yang dilaksanakan oleh Rasulullah?

Na’udzubillah…

Wahai umat Islam, sedarlah…bahawa ajaran Islam ini wajib dikuasai dan diamalkan dan disampaikan kepada orang lain. Tinggal lagi, sama ada kita mahu mengikutinya atau meninggalkannya…

كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنڪَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ‌ۗ
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)…”
(Aali-‘Imran, 3:110)

Wallahua’lam…

Kadang-Kadang Kita Terlupa…

Posted on

Bismillah

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah

Kadang-kadang kita terlupa, bahawa hidup ini hanya sementara, sedangkan akhirat adalah kekal selama-lamanya…

Kadang-kadang kita terlupa, bahawa diri ini bukan kita yang punya, hanya pada Allah kita akan kembali jua…

Kadang-kadang kita terlupa, bahawa esok belum pasti akan tiba, mati boleh berkujung pada bila-bila masa…

Kadang-kadang kita terlupa, bahawa dosa pahala sudah diketahui jalannya, tapi kita masih lalai dan leka…

Kadang-kadang kita terlupa, bahawa hidup kita ada tujuannya, tapi kita masih mahu me’nafi’kannya…

Kadang-kadang kita terlupa, bahawa hidup kita ada batasnya, tapi kita masih mahu melanggarnya…

Kadang-kadang kita terlupa, bahawa iman ini ada naik turunnya, kepada Allah jua kita berdoa agar dimantapkan oleh-Nya…