Month: February 2010

Pentingnya Belajar Sejarah

Posted on

Bismillah

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah

Bagi yang masih ingat, seorang tokoh dari barat pernah berkata yang mafhumnya “Barangsiapa yang melupakan sejarah, dia pasti akan mengulanginya”. Ungkapan ini ada kebenarannya. Tidaklah susah untuk kita membuktikan kebenaran kata-kata tersebut (Namun saya tidak kata ungkapan ini tepat secara 100%).

Sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah dalam AQ, banyak diceritakan dan digambarkan kepada kita bagaimana umat manusia terdahulu telah mengkhianati Rasul-Rasul mereka. Bukan setakat membelakangi apa yang diserukan, malah ada yang sehingga membunuh Rasul mereka tanpa alasan yang Haq. Akhirnya Allah telah membinasakan mereka yang telah berpaling dari apa yang disampaikan oleh Rasul-Rasul mereka.

Kita dapat lihat, terdapat lebih daripada satu cerita sebegini yang termaktub di dalam AQ. Walaupun telah diulang dan diulang sejak beberapa ribu tahun, pengkhianatan umat manusia kepada utusan-utusan Allah ini masih lagi berlaku. Dan umat manusia sudah pun tahu kesan dan akibat daripada tindakan mereka yang berpaling dari apa yang telah disampaikan.

Jadi lebih kurang begitulah contoh yang dapat saya berikan, bagaimana jika sejarah itu dilupakan, maka manusia akan mengulanginya lagi.

Jika kita fokuskan sedikit kepada keadaan atau situasi umat Islam di Malaysia, bagaimana keadaannya sekarang ini? PDRM ada mengeluarkan statistik kes jenayah yang dilaporkan dan terdapat juga statistik mengikut bangsa di Malaysia. Kes jenayah yang paling banyak telah dilakukan oleh bangsa mana? Bangsa Melayu bukan? Dan bangsa Melayu ini, jika di Malaysia, amatlah dikenali sebagai mereka yang beragama Islam. Dan ingat, kes jenayah ini hanya mengambil kira apa yang dilaporkan, belum lagi kes-kes yang tidak dilaporkan atau disembunyikan. Ini contoh spesifik umat Islam di Malaysia.

Kalau kita buka skop kita dengan lebih luas dan melihat keadaan umat Islam di seluruh dunia, bagaimana keadaan kita sekarang ini? Adakah cara hidup Islam dipraktikkan atau cara hidup lain yang diagung-agungkan? Na’udzubillah, semoga Allah mengampunkan dosa kita dan tidak meletakkan kita dalam kalangan mereka yang berpaling dari apa yang telah disampaikan oleh Rasulullah.

Sesungguhnya, dalam mengungkap situasi kefahaman manusia terhadap Islam, harus diketahui bahawa Islam bukanlah sekadar pada solat 5 waktu sahaja. Bukan juga setakat pada Haji, Zakat, Puasa, atau ibadah-ibadah wajib dan sunat yang lain sahaja.

Secara umumnya, bolehlah kita bahagikan cara hidup Islam kepada 4 kategori iaitu Aqidah, Akhlaq, Fiqh dan Seerah. Aqidah adalah berkenaan dengan asas keimanan dan kefahaman bahawa yang hanya layak disembah adalah Allah dan Muhammad itu pesuruhNya. Akhlaq adalah berkenaan adab-adab serta hak-hak kita terhadap semua perkara yang wujud di sekeliling kita. Fiqh ialah berkenaan dengan tatacara kita melakukan ibadah umum dan khusus. Manakala Seerah adalah mengenai sejarah Islam, dan ia bukanlah bermula dari Nabi Muhammad, tetapi sebenarnya bermula dari Nabi Adam. (Pembahagian dan label yang diberikan ini sudah tentu tidak berlaku pada zaman Rasulullah, tetapi ia dibentuk oleh para Ilmuan Islam dengan niat untuk memudahkan manusia dalam memahami Islam yang syumul)

Kita sudah mengetahui cara hidup Islam ni meliputi seluruh aspek kehidupan kita. Kita juga sudah tahu kesan dan akibat yang bakal menimpa kita sekiranya kita melupakan sejarah. Kita juga tahu bagaimana keadaan umat Islam sekarang ini. Dan lebih penting ialah, kita tahu bagaimanakan keadaan kita seakrang ini.

Adakah kita mengamalkan Islam yang sebenarnya? Sama-sama kita renungkan dan kemudian bertindak untuk memperbaikinya inshaAllah.

Advertisements

Ia Tidak Mudah

Posted on

Ia sesungguhnya tidak mudah…dulu, kini dan selamanya…

لَوۡ كَانَ عَرَضً۬ا قَرِيبً۬ا وَسَفَرً۬ا قَاصِدً۬ا لَّٱتَّبَعُوكَ وَلَـٰكِنۢ بَعُدَتۡ عَلَيۡہِمُ ٱلشُّقَّةُ‌ۚ

Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka

(At-Taubah 9:42)

Oleh itu bersabarlah…

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar

(Al-Baqarah 2:153)

Tegur-Menegur Kesalahan

Posted on

Bismillah

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah

Tegur-menegur kesalahan antara satu sama adalah perkara biasa yang kita lakukan. Ia sudah pasti mempunyai manfaat seperti mana yang disebut oleh Allah:

وَذَكِّرۡ فَإِنَّ ٱلذِّكۡرَىٰ تَنفَعُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ

Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman

(Adz-Dzaariyat 51:55)

Tetapi kita perlu ingat, dalam kita menegur orang lain, pastikan niat kita betul iaitu untuk membantu memperbaiki kesalahan orang tersebut. Janganlah sesekali dalam hati kita mempunyai niat menegur untuk memperlekehkan orang itu. Itu bukanlah yang dianjurkan oleh Islam kerana ia boleh menjatuhkan air muka orang tersebut, dan ia akan membawa kepada kesan sampingan yang lebih buruk lagi.

Bayangkan jika kita menegur kesalahan rakan kita dengan niat untuk menghina atau menunjukkan kelemahan dia di depan orang lain, kemudian dia pula seterusnya akan membawa mulut atau cerita-cerita mengenai keburukan kita kepada orang pula, manakala orang yang menerima berita itu terus-menerus lagi menyebarkan cerita mengenai keburukan kita dan seterusnya, dan akhirnya terjadi sebuah masyarakat yang suka membawa kisah mengenai keburukan orang lain, adakah masyarakat jenis ini yang kita mahukan?

Kita sekarang ini bukan hidup di zaman Nabi, yang mana kalau kita tersilap langkah seperti di atas, orang akan berhenti kemudian senyap dan mengeur kita kembali kerana perbuatan kita yang melekehkan kawan kita itu. Dunia sekarang ini lebih canggih daripada itu, cerita-cerita yang kurang menarik boleh disebarkan melalui internet dan dibaca oleh masyarakat seluruh dunia. Jadi sebab itu kita harus berjaga-jaga.

Teguran yang bermanfaat adalah teguran yang membina, dan bukannya teguran yang membinasa. Dalam kita menegur orang lain juga, kita perlu sentiasa melihat kembali apa yang kita tegur itu pada diri kita. Janganlah kita terlalu sibuk ingin membaiki orang lain, tetapi diri sendiri dibiarkan binasa.

Amat penting untuk kita melihat kembali setiap perkataan yang kita keluarkan dalam menegur orang lain, kerana ia boleh membantu untuk kita sentiasa bermuhasabah diri sendiri. Semakin kita meningkat dewasa, semakin kurang orang yang akan menegur kita. Oleh itu self-reflection amat penting supaya kelemahan-kelemahan yang ada dalam diri kita dapat juga dibaiki dari semasa ke semasa inshaAllah.

Leadership Workshop

Posted on

Bismillah

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah

Yesterday I attended a leadership workshop organized by MSD Chicago for Midwest Games Committee. The speaker was a Malaysian, currently studying in Northern Illinois University (NIU). He used to work with MMU but he quit to pursue his study. He has great experience in organizing big events especially those that involved VIPs.

I was initially thinking that I probably would not get as much benefit from it since I had the stereotypical mindset when it comes to a Malay speaker. But I was totally wrong. The event was indeed very beneficial. Although the focus of the discussion was MWG, but I believe most of the part can also be applied in organizations generally.

I believe most of the points I already knew. Well, sometimes you just forgot things that were not so applicable to you. So yesterday, I really got something to boost up my skills inshaAllah. Alhamdulillah, Allah gave me the knowledge that I really need now. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah…

So here are some points I manage to extract yesterday:
# if the meeting disagree with your point(s), you need to reflect back, do not create havoc, dont take it personal
# understand other persons’ opinions, since we have different experience
# documentation is very important, no one wants to hold the blame of others’
# be part of solution, not part of problem. If you think you are the problem, better ask permission to quit
# communication: email, call
# be prepare with backup plan(s)
# be proactive, dont wait for others to initiate things
# planning: need to invest a lot of time
# change is something that people dont like to do, but it is inevitable
# clearly assign #1 and #2 person for each post/rank
# each post has to be very precise and detail in doing your job
# always ask for assistance if you are not sure on your jobs
# leadership by example
# secretariat is the center of information (organization)
# every external (out from committee) communication must be from secretariat, and approved by the president/director
# jangan terikat dengan program sebelumnya, be smart and creative

Time Management

Posted on

Bismillah

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah

Previously, I thought by taking less credit hour, I’d less busier. But I was wrong.

Although I have less classes, but I got other commitments that really buy my time. Being in MISG and Midwest Games 2010 Committee, I really should arrange my daily schedule properly. Plus, classes are getting harder, and I take longer time to finish my assignments.

I believe everyone knows how to manage time, but probably we are just too lazy to plan our time accordingly. I believe there should be no reason at all to say that we’re completely busy. Are we busier than Pres. Obama? At least he still has time for his family and friends. He has time to read books. He has time to do voluntary jobs. And yet he is the president of the most powerful country (at the moment). So then why we cant have more time than him?

We just need to take some time and think, what we want to accomplish today, what is our top priority now, what are the things that we can get rid off of our daily routine. I really learn this through experience. And Alhamdulillah, Allah gives me more commitments. This is actually an opportunity to improve in organizing things and managing time. I should take this. InshaAllah.