Month: December 2009

Ust Hasrizal Di TV3

Posted on

Bismillah

Kematian Demi Kematian

Posted on

Bismillah

Sejak bebeberapa hari yang lalu, sering saja saya menerima berita kematian demi kematian. Bukan kematian orang biasa-biasa, tapi mereka ialah orang yang telah banyak menghabiskan masa, tenaga, harta benda, segala-galanya hanya kerana Allah. Adakah ini mempunyai sesuatu makna terntentu? Wallahu’alam.

كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ

“Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati…”

(Aali-‘Imran, 3:185)

Bagi saya, kematian mereka ini amat-amat membantu saya untuk mengingati mati. Mati itu boleh datang pada bila-bila masa sahaja tidak kira di mana kita berada. Dengan mengingati mati, ia Alhamdulillah dapat membantu saya supaya fokus kembali kepada matlamat hidup saya.

Kadang-kadang saya juga terleka dan teralpa dengan keseronokan dunia. Mudah-mudahan pemergian mereka ini menjadi muhasabah kepada saya untuk sentiasa ingat bahawa hidup ini memang hanya sementara. Dunia ini memang hanya tempat mencari bekalan semata-mata. Dan sebaik-baik bekalan itulah taqwa.

وَتَزَوَّدُواْ فَإِنَّ خَيۡرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقۡوَىٰ‌ۚ

“…Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah taqwa…”

(Al-Baqarah, 2:197)

Wallahua’lam.

How to maintain the health of our heart?

Posted on Updated on

Bismillah

3 key steps to maintain the health of our hearts:

  1. Strengthen the natural force of the heart by making ibadah solely to Allah consistently.
  2. Get rid off anything that are harmful to the heart by making taubat.
  3. Protect the heart from anything harmful going in by staying away from innovations (bid’ah) and sins.

Wallahua’lam.

Finals

Posted on

Bismillah

STAT472 12/15@7pm
ECON252 12/16@7pm
ARAB301 12/17@8am
PSY120 12/19@10.20am

The Answer (4)

Posted on Updated on

Bismillah

Bukanlah suatu perkara yang mudah untuk kite istiqamah dalam iman kita. Tambah-tambah lagi dalam keadaan diri kita yang sudah terbiasa dengan gaya hidup yang bersenang-lenang, bersuka-ria, berseronok di sana-sini dan kurang mengambil peduli mengenai masalah sekeliling kita.

Untuk kita istiqamah, langkah awal yang harus kita lalui ialah hidupkan semula iman kita. Bagaimana untuk hidupkan? Ada banyak cara dan setiap orang mempunyai cara yang tersendiri untuk dia menghidupkan kembali imannya. Tapi kesemuanya mempunyai matlamat yang satu, iaitu mengingati Allah sekerap yang mungkin dalam khidupan kita. Ada orang yang apabila dia berasa tidak tenang, dia akan ingat Allah. Ada yang lain, bila dia memikirkan masalah-masalah kawan, dia akan ingat Allah. Cara yang paling ‘obvious’ untuk ingat Allah ialah dengan zikrullah, solat sunat dan seumpamanya.

Mengapa ini penting untuk dilakukan? Sebab sebelum ini hati kita sudah terlalu leka dengan kehidupan dunia. Kita sudah dikaburi dengan kelazatan dan kenikmatan hidup di dunia ini sehingga kita terlupa bahawa kita ada tanggungjawab yang lebih besar. Allah berkata:

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?

(Al-An’am, 6:32)

Saya percaya amat sukar untuk kita mengeluarkan diri dari semua kelekaan ini sekali gus, melainkan ada suatu musibah yang amat besar berlaku pada diri kita. Tapi kita sama-sama berdoa agar Allah menjauhkan kita dari musibah itu kerana takut kita akan menjadi lebih kufur selepas itu. Dan belum tentu kita mampu untuk menanggung musibah yang mungkin akan berlaku atas kita itu dengan sabar dan redha.

Jadi adalah lebih baik kita memulakan perubahan dalam diri kita tanpa menunggu musibah yang besar menimpa diri kita. Boleh jadi juga Allah akan membiarkan kita terus dalam kelekaan hidup di dunia dan mati dalam keadaan kufur…na’udzubillah. Dan perlu diingat, orang yang berubah kerana terpaksa adalah mengsa keadaan, tapi orang memaksa diri berubah adalah orang yang berjaya insyaAllah!