Month: October 2009

Of Capitalism

Posted on

Bismillah

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah

Ada satu perkara yang sedang saya fikirkan sekarang ini (tapi bukan perkara ini sahaja yang saya fikirkan).

Saya tidak pasti berapa ramai yang sedar tentang perkara ini, bahawa sistem kapitalism ini mungkin dari segi prinsipnya ia adalah sebuah sistem ekonomi, tapi sebenarnya ia juga membawa bersamanya ideologi yang tersembunyi (hidden ideology). InsyaAllah kalau ada kesempatan saya akan ulas perkara ini dengan lebih lanjut.

Advertisements

Pertolongan Allah

Posted on Updated on

Bismillah

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah

Amat selalu kita dengar, Allah akan menolong hamba-hambanya yang beriman. Alhamdulillah, itu satu jaminan tanpa keraguan kepada kita yang beriman. Eh kejap, adakah kita benar-benar beriman kepada-Nya?

Hmmm…

A Question

Posted on

Bismillah

If someone suddenly ask you “Macam mane ko istiqamah eh?”, what would you say?

Al-Fatihah: Umm Al-Kitaab (2)

Posted on

1. بسم الله الرحمن الرحيم :

Huruf ba’ di awal ayat ini membawa beberapa tafsiran menurut pendapat ulama’. Antaranya ialah ba’=dengan/with. Ini adalah terjemahan yang paling popular yang boleh kita dapati dalam mana Al-Quran terjemahan.

Namun demikian, ada satu lagi makna ba’ di sini iaitu ba’ al-isti’anah = dengan pertolongan. Jika kita melihat konteks ayat ini, nampak seperti maksud ba’ yang kedua membawa kita lebih dekat kepada memahami kalimah tauhid. Bagaimana?

Ringkasnya di sini ialah, ungkapan bismillah = Dengan pertolongan nama Allah. Dalam erti kata lain, bismillah memberi makna bahawa “hanya dengan nama Allah sahaja, saya meminta pertolongan, dan bukannya pertolongan daripada makhluk-makhluk yang lain.” Dalam kalimah tauhid, kita meletakkan Allah sebagai satu-satunya Ilah bagi diri kita. Melalui bacaan bismillah ini, kita memanifestasikan kalimah tauhid dengan memohon pertolongan kepada yang satu-satunya yang layak kita mohon pertolongan iaitulah Allah.

Dan nama Allah ini, merupakan nama yang paling lengkap bagi Allah. Jika Ar-Rahman memfokuskan kepada salah satu sifat Allah iaitu Maha Pemurah, dan Ar-Rahim = Maha penyayang, namun nama Allah ini merangkumi kesemua sifat Allah yang 99 dan sebagainya. Jadi kita sebenarnya meminta pertolongan dari Allah dengan nama Allah yang paling lengkap.

Sebab itulah kita disunatkan agar membaca bismillah sebelum memulakan sesuatu pekerjaan. Melalui nama Allah yang merangkumi semua sifatnya, kita memohon agar kita dilindungi, dimudahkan, ditunjukkan jalan yang terbaik, dalam melakukan sesuatu perkara insyaAllah.

Al-Fatihah: Umm Al-Kitaab (1)

Posted on Updated on

Bismillah

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah

Ada sebabnya mengapa surah Al-Fatihah digelar sebagai Umm Al-Kitaab. Gelaran ini menggambarkan keunikan yang sangat istimewa berbanding surah-surah lain. Secara umumnya, setiap surah mempunyai ciri-ciri unik masing-masing. InsyaAllah kali ini mari sama-sama mencungkil sedikit daripada keunikan yang ada dalam surah Al-Fatihah.

Al-Fatihah digelar sebagai Umm Al-Kitaab kerana ia memampatkan keseluruhan isi kandungan Al-Quran secara umumnya dalam 7 ayat sahaja. Kita boleh ibaratkannya seperti membuat ringkasan daripada sebuah buku setebal lebih kurang 600 muka surat dalam 7 ayat sahaja. Hebat bukan?

Al-Fatihah merupakan surah yang kita ulangi sekurang-kurangnya 17 kali sehari semalam. Ia dihukumkan sebagai wajib, bermakna barangsiapa yang tidak membacanya dalam solat, solatnya dikira tidak sah sepertimana sabda Rasulullah yang mempunyai maksud lebih kurangnya begini: “Tiada solat bagi orang yang tidak membawa Al-Fatihah”.

Adakah kita tidak pernah tertanya-tanya, mengapa Allah mewajibkan kita membacanya dalam solat? Kita membaca Al-Fatihah sekurang-kurangnya 17 kali sehari semalam, oleh itu pasti ada sesuatu yang sangat istimewa dan unik dalam surah ini.

Zina Mata

Posted on

Bismillah

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah

Tergerak hati saya untuk menyentuh mengenai zina mata. Tetapi, sebelum kita pergi dengan lebih lanjut, kita harus memahami dahulu zina itu sendiri, sebelum kita memahami konteks zina mata yang akan dihuraikan kemudian insyaAllah.

Zina

Zina dalam pengertian khusus ialah persetubuhan antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan perkahwinan yang sah (dengan sengaja). Zina dalam pengertian ini akan membawa kepada hukuman hudud seperti yang telah dinyatakan oleh Allah yang bermaksud:

“Perempuan dan lekai yang berzina, hendaklah kamu sebat setiap seorang dari mereka dengan 100 kali sebat…”

(An-Nuur:2)

Zina dalam konteks yang lebih umum ialah apa sahaja bentuk perlakuan yang boleh meningkatkan nafsu syahwat seseorang itu, sama ada melalui rangsangan tangan, mata, kaki, dan sebagainya. Firman Allah swt:

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbutaan yang keji dan suatu jalan yang buruk”

(Al-Israa:32)

Dalam tafsiran ayat ini, Allah bukan sahaja melarang manusia melakukan zina, malah Allah juga melarang manusia daripada melakukan perkara-perkara yang menjuruskan seseorang kepada perlakuan zina. Maka daripada pemahaman ayat ini, timbul lah istilah-istilah seperti zina mata, zina telinga, zina tangan, zina kaki, zina hati dan sebagainya. Mari kita ambil salah satu istilah yang lahir daripada pemahaman ayat di atas. InsyaAllah kita akan bincangkan sedikit mengenai perkara ini dan mudah-mudahan kita dapat memahami konteks zina yang lebih umum insyaAllah.

Zina Mata

Zina mata berlaku apabila seseorang itu melihat sesuatu perkara yang haram. Haramnya melihat sesuatu perkara boleh dilihat dari 2 konteks yang berbeza iaitu: 1) Haram secara mutlak; 2) Asalnya harus, tetapi bertukar menjadi haram.

Perkara yang haram dilihat secara mutlak ialah seperti yang termaktub di dalam Al-Quran. Firman Allah:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

(An-Nuur:31)

Berdasarkan pemahaman ayat di atas, seorang perempuan diharamkan untuk memperlihatkan aurat mereka kepada bukan mahramnya. Dalam konteks ayat ini, dapat juga kita fahami bahawa haram bagi seorang lelaki melihat aurat seorang perempuan yang bukan mahramnya. Dan telahpun diperintahkan kepada lelaki dan perempuan untuk menjaga pandangan mereka dalam ayat 30-31 surah An-Nuur.

Larangan Allah ini termaktub dalam skop yang cukup luas. Ia tidaklah terhad kepada larangan melihat perkara yang haram secara live dunia realiti sahaja. Larangan ini juga mencakupi aspek dunia maya juga. Dalam skop yang lebih umum, apa jua perkara yang apabila dilihat, boleh merangsang nafsu syahwat seseorang, maka ia dikategorikan sebagai zina mata.

Sepertimana yang telah disebutkan sebelum ini, zina mata adalah termasuk dalam kategori perkara-perkara yang mendekatkan diri seseorang dengan zina. Dan hukumnya adalah jelas haram, tetapi jika melakukannya ia tidaklah membawa hukuman sebat.

Namun yang demikian kita perlu fahami, apa jua dosa yang kita lakukan sebenarnya akan dihisab oleh Allah. Sama ada dosa besar atau dosa kecil, itu bukanlah isunya. Seharusnya yang menjadi prioriti kita adalah untuk menjaga mata, telinga, hati serta anggota badan kita seluruhnya dari terjebak dengan perlakuan zina dan perbuatan yang menjurus kepada zina. Na’udzubillahi min zaalik.

Wallahua’lam.