Month: August 2009

Manifestasi Solat Dalam Gerakan Dakwah (4/4)

Posted on

Antara Solat & Gerakan Dakwah

Dalam solat, rukun fi’li dan qouli boleh dikategorikan sebagai perkara teknikal. Dalam sebuah gerakan dakwah, struktur organisasi serta perancangan aktiviti dakwah boleh dimasukkan dalam kategori perkara teknikal.

Jika dalam solat, perkara teknikal begitu kerap dibincangkan di mana-mana. Malah ia dibincangkan secara detail dan exclusive mengikut mazhab. Sampai satu tahap, ia boleh menimbulkan perbalahan mengenai siapa yang lebih betul. Perbalahan seperti ini adalah satu perkara yang amat tidak perlu dalam Islam.

Dalam sebuah gerakan dakwah pula, begitu banyak sekali masa dihabiskan untuk membincangkan mengenai struktur organisasi dakwah, hala tujunya, aktiviti-aktiviti yang ingin dilakukan, perancangan strategik dan seumpamanya. Perkara-perkara ini penting, tapi ada yang lebih penting. itulah orang-orang yang akan melaksanakan dakwah.

Sehebat mana pun sebuah perancangan, jika orang yang ingin melaksanakannya tidak faham ruh disebalik perancangan itu, ia akan menemui kegagalan. Sedetail mana pun perbincangan kita mengenai struktur organisasi dakwah, hala tuju gerakan, visi & misi, dan seumpamanya, tetapi orang-orang yang menjadi tulang belakang gerakan dakwah tersebut sendiri tidak memahami apa yang perlu dilaksanakan, di mana perlu dimulakan, kesemuanya akan menemui kebuntuan akhirnya.

Jadi, apakah priority kita sebenarnya? Fikir-fikirkanlah.

Peringatan Untuk Kita Yang Sering Leka…

Tidak mungkin dakwah yang berjaya dilaksanakan oleh mereka yang tidak menjaga solat. Tidak mungkin dakwah yang berjaya dilaksanakan oleh mereka yang bergaul bebas. Tidak mungkin dakwah yang berjaya dilaksanakan oleh mereka yang tidak memahami dengan sebenar-benarnya Islam, tidak mendalami fiqh dakwah, terlalu sibuk dengan perkara-perkara yang sia-sia seperti bermain PS3, xbox360, facebook, dan seumpamanya. Tidak mungkin…

Advertisements

Manifestasi Solat Dalam Gerakan Dakwah (3/4)

Posted on

Dakwah

Dalam dakwah juga mempunyai rukun atau lebih tepat lagi disebut sebagai elemen. Antara elemen dakwah ialah pendakwah (da’ei), orang yang didakwahi (mad’u), mesej dakwah (Islam) dan kaedah dakwah (uslub).

Firman Allah:

Dialah yang mengutus seorang Rasul kepada kaum yang buta huruf dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menyucikan (jiwa) mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (sunnah), meskipun sebelumnya mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata”

(Al-jumu’ah, 62:2)

Rasul adalah da’ei yang menyampaikan dakwah kepada kaumnya (mad’u) mengenai Islam dengan cara (uslub) membacakan ayat-ayat Allah, menyucikan jiwa dan mengajarkan mereka Al-Kitab dan Sunnah.

Sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi rasul, baginda ditarbiyyah oleh Allah terlebih dahulu. Semasa menyebarkan dakwah, bagindalah orang yang paling memahami Islam. Kefahaman tersebut disampaikan kepada para sahabat dan yang lainnya.

Kita semua sedia maklum, Nabi Muhammad memulakan dakwah seorang diri. Kemudian ia berkembang dan membentuk sebuah gerakan dakwah sebelum Islam itu dipersembahkan kepada dunia dalam bentuk sebuah Negara iaitu Madinah dan seterusnya berkembang membentuk sebuah khilafah dan empayar Islam.

Persoalannya, apakah prioriti baginda dalam berdakwah sejak awal lagi?

Gerakan Dakwah

13 tahun di Mekah, focus dakwah baginda tertumpu pada perbincangan aqidah. Ia adalah asas dalam memahami Islam secara syumul. Tetapi adakah selepas 13 tahun itu, nabi sudah tidak lagi menekankan perkara aqidah? Sudah tentu tidak. Tetapi priroti baginda bertambah bila Negara Islam baru mula didirikan.

Di sebalik seerah baginda itu, ada perkara yang perlu diteladani jika gerakan dakwah masa kini mahu berjaya dalam aktiviti dakwahnya.

Manifestasi Solat Dalam Gerakan Dakwah (2/4)

Posted on

Antara Kesempurnaan Pergerakan/Sebutan & Penghayatan Ruh Solat

Solat yang sempurna adalah solat yang mampu mencegah pengamalnya daripada perbuatan keji dan mungkar. Sebagai mana firman Allah:

“…Sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar…”

(Al-Ankabuut, 29:45)

Solat yang ditafsirkan sebagai adat tidak akan mampu mencapai perkara ini. Hanya solat yang difahami sebagai sebuah ibadah sahaja, boleh mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar.

Solat mempunyai 3 jenis rukun. Rukun fi’li (perbuatan), rukun qouli (sebutan) dan rukun qalbi (hati). Rukun ini perlu dipenuhi sebagai garis panduan untuk mencapai solat yang sempurna yang mampu mencegah kita daripada perbuantan keji dan mungkar.

Ramai umat Islam sekarang mampu untuk menguasai dengan baik rukun fi’li dan qouli. Tetapi solat yang sempurna tidak akan tercapai dengan hanya menguasai 2 jenis rukun tersebut.

Yang menjadi masalah sekarang ini ialah, begitu ramai penceramah yang memfokuskan perbicangan mereka pada kesempurnaan 2 jenis rukun tersebut. Perbincangan seperti tangan semasa berdiri sepatutnya berada di mana, tangan diangkat tinggi mana semasa takbir, dan lain-lain adalah perbincangan yang biasa didengari di mana-mana.

Tidak dinafikan perkara-perkara ini penting untuk difahami dengan baik, tetapi jika hanya perkara-perkara ini sahaja banyak dibincangkan, ia boleh memberikan gambaran yang salah mengenai tafsiran solat itu sendiri. Seolah-olah solat ini hanya sekadar perbuatan dan sebutan sahaja tanpa disertakan dengan khusyu’ di hati.

Manifestasi Solat Dalam Gerakan Dakwah (1/4)

Posted on

Bismillah

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah

Solat, sebagai mana yang kita semua sedia maklum, adalah merupakan tiang agama. Solat boleh dijadikan sebagai kayu ukur, sama ada seseorang itu menegakkan Islam dalam dirinya atau tidak. Sebagaimana dalam sebuah hadith Nabi yang mafhumnya:

“Beza antara seorang muslim dengan seorang kafir adalah mendirikan solat”

Tiada muslim yang menafikan kewajipan solat. Muslim yang menafikan kewajipan melaksanakan solat telah terkeluar dari Islam dengan sendirinya akibat daripada menafikan salah satu kewajipan Allah ke atas manusia.

Solat adalah ibadah yang paling utama dalam Islam. Ia adalah kemuncak manifestasi ketundukan seorang hamba kepada Tuhannya. Namun yang demikian, kita perlu menilai kembali solat kita, adakah ia sebenarnya sebuah manifestasi kehambaan kita kepada Allah? Atau ia hanya sekadar ikut-ikutan atau paksaan yang telah digariskan oleh agama?

Antara Adat & Ibadah

Solat, seperti mana ibadah-ibadah lain, jika tidak difahami sebaiknya boleh menjadi sebuah adat kebiasaan dalam kehidupan seharian kita, tetapi bukannya sebuah ibadah.

Bagaimanakah solat itu boleh jatuh pada tahap seperti sebuah adat kebiasaan masyarakat setempat? Iaitu apabila ruh solat tidak dihayati.

Solat yang tiada ruh akan menjadikan ia sebuah adat. Kesannya, tingkah laku pengamal-pengamal solat tidak banyak berbeza dengan orang-orang kafir. Budaya hedonisme tetap menjadi ikutan. Pergaulan bebas tetap menjadi amalan kebiasaan seharian. Membuang masa dengan pelbagai aktiviti yang sia-sia tidak lagi menimbulkan rasa salah dalam diri. Pergi solat, setelah selesai, keluar minum di kedai kopi untuk mengumpat. Dan seterusnya…

Jika inilah maksud sebenar solat dalam kehidupan seseorang, jangan dok sembangla pasal nak bina sebuah Negara Islam!

Posted on

Bismillah

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah

May 18, the day I left the US and August 18 is the day I’ll be leaving to the states insyaAllah. Time went very fast and I am indeed excited to return. It is not that I dont love my hometown, but these political things really hurt me. There’s nothing much I can do for now to change the situation as it is beyond my influence and I do not have the necessary skills, not yet.

For the time being let me just focus on things I have influence on. InsyaAllah in Purdue University, we are expecting at least 50 new students this Fall. They have passed the necessary requirements during preparatory program, and they will fly to the states soon insyaAllah as we are going to start classes on Monday, August 24.

Last year I was not able to help my friends when the new students came, and this year, it looks like I am going to miss it again as they all will be landing at Indianapolis earlier than me. But I still have the chances to help them buying things for their new homes insyaAllah. Yeah, for some reasons I do like to help new comers to settle down in a new place. Hmmm…

2 years have passed, 2 years more to go insyaAllah. I regret that I have wasted so much time doing almost nothing to improve myself and others. 3 months in Malaysia gave me something that I can work on and push a litlle bit harder. As more people are coming to the states, that means I have more obligations waiting. I hope Allah will and always help me in doing good deeds insyaAllah. And I am praying for all my friends, lets get together and build back the legacy of the ummah insyaAllah.

Wallahua’lam.