Month: July 2009

‘Jahiliyyah’ by Syeikh Hamza Yusuf

Posted on

Bismillah

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah

Hampir sahaja saya hilang idea untuk menulis. Tetapi alhamdulillah, saya menerima satu link untuk mendownload satu khutbah yang disampaikan oleh Syeikh Hamza Yusuf berkenaan ‘Jahiliyyah’. Beliau menyentuh aspek jahiliyyah yang telah berlaku semasa zaman nabi, yang juga sebenarnya sedang berlaku di zaman kita ini. Mudah-mudahan ia menjadi pengajaran kepada kita semua insyaAllah.

Dalam khutbahnya, Syiekh Hamza menyentuh beberapa aspek jahiliyyah yang ada. Antaranya ialah jahiliyyah dari sudut pemikiran ataupun ideologi. Apa yang berlaku pada zaman semasa nabi ialah salah faham terhadap Allah. Pada zaman itu, mereka masih lagi percaya bahawa Allah itu Pencipta kepada segala sesuatu, tetapi mereka mensyirikkan Allah. Dalam erti kata yang lain, mereka menafikan keEsaan Allah dengan menyembah berhala-berhala ciptaan tangan mereka sendiri.

Seterusnya, jahiliyyah yang berlaku pada zaman itu juga boleh dilihat dari aspek pemerintahan atau penghakiman. Apa yang berlaku pada ketika itu ialah hukuman-hukuman diputuskan berdasarkan status seseorang. Jika dia seorang yang kaya, maka mungkin hukuman dalam bentuk bayaran denda sudah memadai untuk menebus kesalahan itu. Namun bagi mereka yang miskin, mereka akan dihumban terus ke penjara.

Jika kita melihat aspek budaya pula, sejarah telah mencatatkan bahawa perempuan-perempuan pada ketika itu mempunyai nilai yang begitu murah sekali. Mereka ‘terpaksa’ menghias diri dengan begitu ‘hebat’ supaya boleh menarik perhatian orang di sekelilingnya. Perempuan turut dipandang hina sehinggakan anak-anak perempuan yang baru lahir akan dibunuh dengan cara ditanah hidup-hidup.

Pada zaman sebelum kerasulan, sikap bangga diri adalah antara perkara jahiliyyah yang turut disentuh oleh Syeikh Hamza Yusuf. ‘Hamiyyah’ atau arrogance, yeng diertikan sebagai menganggap diri sendiri lebih baik daripada orang lain adalah sikap yang terlalu berleluasa terutamanya dilangan pembesar-pembesar arab quraisy. Menganggap diri sendiri adalah yang terbaik telah menyebabkan mereka susah untuk menerima dakwah nabi pada ketika itu.

Alhamdulillah, Allah telah mendatangkan Islam untuk membetulkan persepsi-persepsi yang salah tersebut. Allah telah menetapkan bahawa semua manusia adalah sama sahaja di sisinya. Yang membezakan hanyalah taqwa.Undang-undang syari’ah pula dikenakan kepada semua orang tanpa mengira status seseorang itu. Akhlak yang ditunjukkan oleh nabi adalah sebaik-baik akhlak yang perlu dicontohi oleh kita. Nabi tidak pernah menganggap dirinya adalah yang terbaik dan sentiasa terbuka untuk menerima teguran daripada para sahabat dan juga orang lain.

Kedatangan Islam sama sekali telah mengubah landskap dunia ini. Islam amat mementingkan kesejahteraan manusia dan sama sekali tidak menghalalkan sebarang pertumpahan darah tanpa sebab yang dibenarkan syara’. Undang-undang yang ditetapkan oleh Allah adalah semata-mata untuk kebaikan manusia di atas muka bumi ini. Amatlah salah jika kita menganggap Islam ini mengongkong kehidupan manusia. Apa yang berlaku sebenarnya ialah kita sendiri telah menyempitkan pemahaman kita terhadap Islam yang syumul ini.

Wallahua’lam.

Advertisements

Taksub

Posted on

Bismillah

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah

Belum pernah lagi saya jadikan blog ini sebagai tempat untuk meluahkan perasaan. Cuma kadang-kadang, rasa geram juga melihat keadaan sekeliling yang tak menentu hala. Kata-kata dilemparkan sesuka hati, tuduh-menuduh tanpa asas yang kukuh, menghukum seseorang tanpa soal selidik, dan pelbagai lagi isu yang saya kira adalah antara faktor mengapa golongan belia sekarang ini menjauhkan diri dari mengambil berat isu politik negara.

Saya bukanlah peminat UMNO, tapi untuk mengatakan bahawa apa yang dibuat oleh mereka sentiasa salah adalah satu ketaksuban. Untuk mengatakan PAS sentiasa betul juga adalah satu ketaksuban. Secara umumnya, bukan semua perkara yang dibuat oleh pemimpin UMNO adalah buruk, dan bukan semua perkara yang dibuat oleh pemimpin PAS adalah baik.

Kita haruslah bijak dalam meneliti yang mana betul dan yang mana salah. Ini yang perlu kita pelajari. Islam mengajar kita agar hidup dengan prinsip yang betul dan jelas, dan berpegang teguh dengannya. Jika kita betul mengamalkannya, insyaAllah kita boleh elakkan ketaksuban.

Saya pasti ramai antara kita yang mahukan negara yang aman dan sejahtera. Untuk mendapatkannya, kita perlukan pemimpin yang komited untuk melaksanakan dasar-dasar keamanan. Dalam masa yang sama, pemimpin kita harus juga bebas dari rasuah dan salah guna kuasa. Saya maksudkan perkara ini untuk semua pemimpin, sama ada BN atau pun PR.

Rakyat juga harus komited untuk membantu pemimpin kita melakukan perubahan. Kalau setakat kutuk-mengutuk, umpat-mengumpat, maki-hamun, sumpah-seranah di kedai kopi atau di mana-mana, jangan haraplah Malaysia ini akan aman. Sikap kita perlu diubah!

How to Set Goals by Ahmad Nasiruddin

Posted on

Bismillah

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah

This talk was conducted by my friend Ahmad Nasiruddin from Vanderbilt University and continued by Fazrul Ismail, our trainer insyaAllah.

http://blip.tv/file/2315213/

In our lives, it is very important to know where we are heading to ie. what we want to be in 5, 10, 20 years from now and what we want to achieve before we die. Before we answer these questions, first we need to know what are the purposes of our creation.

As stated in the Quran 51:56 and 2:30, the general idea why we were created are to be servants and leaders. Servants to our Mighty Lord, and leaders to mankind and ourselves. To be more specific, we lead mankind to submit ourselves to the God ie. toward Islam (which means submission to the God).

So based on this fact, we plan our actions now and future to fulfil the requirements.

Knowledge & Arts Tour 2009

Posted on Updated on

Bismillah

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah

http://young-muslims-project.blogspot.com/

United for Change

Posted on

Bismillah

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah

Calling for all Muslims around the world to unite. Together we build a strong ummah!

http://www.muslimsunitedforchange.com/

7 Prinsip Amalan Berjaya

Posted on

Bismillah

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah

7 PRINSIP AMALAN BERJAYA

Berminat untuk mengetahui prinsip-prinsip kejayaan umat terdahulu? Ingin mempelajarinya secara detail? Perlukan bantuan untuk melonjakkan kemampuan diri? Sila klik pada link di atas dan ketahui bagaimana kita boleh sama-sama berjaya di dunia dan akhirat insyaAllah.

Laman web di atas mampu menjadi sebahagian usaha kita untuk menghampirkan diri kepada fitrah asal diri kita. Pendedahan yang dilakukan adalah bertujuan supaya sama-sama kita berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah selama kita masih hidup.

Beberapa sessi awal telah pun berlalu, namun anda masih belum terlambat dan tidak akan terlambat untuk menyertainya selama anda masih mampu bernafas insyaAllah.

Usaha ini dilakukan untuk membiakkan lagi pengaruh-pengaruh kebaikan dan melaksanakan agenda-agenda perubahan demi menerapkan nilai-nilai Islam dalam diri kita insyaAllah.

Sebelum bermula, ada baiknya anda memahami terlebih dahulu apakah amalan berjaya bagi lelaki dan wanita. Sebuah buku telah pun ditulis bagi membongkar rahsia kejayaan umat terdahulu yang hidup sezaman dengan Nabi Muhammad SAW.

Download buku Amalan Berjaya Untuk Lelaki Dan Wanita di sini.

Kempen Merebut Pahala

Posted on Updated on

Bismillah

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah

KEMPEN MEREBUT PAHALA

Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Baqarah 2:148)

Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh. (Aali-Imran 3:114)

Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (At-Taubah 9:100)