Month: June 2009

Sejarah Penyebaran Islam di Nusantara

Posted on Updated on

Bismillah

Alhamdulillah, pada Khamis yang lalu saya berkesempatan untuk menghadiri slot Islam di Nusantara yang berlangsung dari pagi hingga petang. Slot ini dibawa oleh Dr Hafidzi Md Noor, suatu nama yang sudah tidak asing lagi dalam memperjuangkan isu-isu Palestin di Malaysia.

Pada sebelah paginya, presentation lebih tertumpu kepada memahamkan semula konsep sejarah yang difahami oleh peserta-peserta. Muqaddimahnya sahaja mengambil masa hampir 1 jam! Beliau mengulas bagaimana penjajah-penjajah menggunakan subjek sejarah sebagai alat untuk memesongkan aqidah dan pemahaman umat Islam mengenai jati diri dan pemikiran.

Akhirnya mereka berusaha untuk menghilangkan terus Islam dari muka bumi ini dengan memadamkan sumbangan Islam dalam pemurnian cara hidup masayarakat dunia.

Pada sebelah petangnya pula, Dr Hafidzi memfokuskan perbincangan pada perkembangan Islam di Nusantara. Diceritakan bahawa selepas kejatuhan kerajaan Islam Melaka, timbul kerajaan-kerajaan Islam yang lain di Nusantara. Antaranya ialah di Acheh, Demak, Mindanao, dan lain-lain.

Agenda Portugis dan Belanda untuk menakluki dunia dihalang dengan usaha-usaha pertahanan yang dilakukan oleh kerajaan-kerajaan Islam tersebut.

Pembentangannya sangat menarik dan amat membuka minat terhadap sejarah. Selama ini apabila mendengar sahaja subjek sejarah, saya memang akan mengantuk dan tidur sahaja kerana kakunya teks sejarah yang dibekalkan. Saya kira ramai yang tidak kisah dan sambil lewa sahaja mempelajari subjek Sejarah.

Tetapi Dr Hafidzi telah menerangkannya sebagai subjek yang sangat menarik dan amat penting untuk dipelajari. Masakan tidak, beliau telah mengupas hampir semua penyelewengan sejarah yang dilakukan penjajah, dan memberikan kefahaman sebenar mengenai sejarah nusantara ini. Beliau menerangkan dalam bentuk cerita yang lebih mudah difahami, walaupun sarat dengan fakta.

Alhamdulillah, satu peluang yang sangat saya hargai untuk membuka kembali minat saya terhadap sejarah, terutamanya sejarah perkembangan Islam pada zaman Nabi. Untuk membentuk kefahaman yang mendalam terhadap Islam dan juga menjelaskan pemikiran kita terhadap agenda penjajah, inilah antara kepentingan mendalami sejarah!

p/s: Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan Islam di Nusantara, bacalah buku Dr Hafidzi “Jejak Risalah di Nusantara” terbitan JIMedia.

Advertisements

Kemahiran Berfikir

Posted on Updated on

Bismillah

Alhamdulillah, Allah masih lagi memberikan kekuatan pada saya untuk mengharungi cabaran program MiSi 09 untuk 5 hari pertama. Program tersebut masih berbaki 11 hari. Hari ini saya mengambil kesempatan untuk pulang ke rumah sebentar untuk merehatkan diri dan menyelesaikan urusan-urusan yang ditinggalkan semasa berprogram.

Semalam berlangsungnya slot Fiqh dan sejarah perkembangannya. Slot tersebut disampaikan oleh Ustazah Anisah, isteri kepada Ustaz Alias Osman, suatu nama yang tidak asing lagi dari dunia tarbiyyah di Malaysia.

Dalam slot tersebut, Ustazah Anisah membincangkan isu-isu berbangkit sekitar masalah Fiqah dan merungkaikan masalah tersebut dari sudut pandangan mazhab Shafi’ie. Memang tidak boleh dinafikan lagi, beliau sangat ‘arif mengenai selok-belok masalah Fiqah dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh para peserta MiSi 09.

Namun, disebalik soalan-soalan yang dilontarkan itu, timbul sedikit kegelisahan dalam diri saya mengenai cara berfikir pemuda-pemuda khususnya pelapis-pelapis aktivis dakwah yang sedang dilatih sekarang ini.

Antara kelemahan masyarakat umum di Malaysia sekarang ini ialah kemahiran berfikir. Hal ini bertitik tolak daripada sistem pendidikan yang digunapakai di negara ini. Modul atau silibus pelajaran yang dibentuk telah menghasilkan pelajar-pelajar yang kurang kreatif dan kritis dalam berfikir.

Sistem yang exam-oriented ini telah melahirkan ramai individu yang terlalu fokus kepada penghafalan fakta. Penghafalan fakta tanpa memahami konsep yang dipelajari. Kesannya pelajar majoritinya gagal menguasai intipati subjek yang diajarkan. Punca yang sama saya lihat menyumbang kepada pemikiran kaku dan statik pada pelajar masa kini.

Pemikiran yang fleksibel lahir daripada tahap penguasaan yang tinggi terhadap sesuatu bahan. Kegagalan memfleksibelkan pemikiran bererti seseorang itu menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan masalah yang berlainan situasi, tetapi mempunyai asas yang sama. Kegagalan ini juga bermakna sesorang ini menghadapi kekaburan untuk memahami masalah yang lebih kompleks yang dihadapi oleh masyarakat kini.

Sebagai contoh, kita ambil kira isu aurat. Kita semua sedia maklum mengenai aurat seorang laki dan perempuan terhadap ajnabi. Persoalan mula timbul bila banyak kartun kini mula memaparkan gambar atau aksi yang penuh ghairah dan berunsur lucah. Jadi, adakah kita dibenarkan melihatnya sebab ia adalah kartun semata-mata? Atau perbuatan tersebut dilarang?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu menguasi bab mengenai aurat terutamanya objektif dan hikmah di sebalik kewajipan menutup aurat. Fakta yang dikemukakan dalam buku teks kita hanya menerangkan mengenai kewajipan dan kepentingannya sahaja. Amat penting untuk kita memahami objektif kewajipan dan hikmah disebaliknya.

Antara matlamat utama kewajipan menutup aurat ini ialah untuk mengekang gejala hawa nafsu manusia. Hawa nafsu manusia tidak akan pernah puas walaupun kita memberinya bermacam-macam ‘makanan’. Oleh sebab itu, ianya perlu dikawal dengan peraturan-peraturan yang telah Allah tetapkan.

Jika aurat seorang manusia boleh membangkitkan hawa nafsu seseorang, begitu jugalah keadaannya dengan kartun. Sekiranya aurat kartun mampu mengbangkitkan nafsu seseorang yang melihatnya, maka haram ke atasnya untuk melihat aurat kartun. Namun yang demikian, jika aurat kartun tidak membangkitkan rasa nafsu seseorang itu sekalipun, adalah lebih ia dielakkan terus sebagai menjaga keimanan dan ketaqwaan pada Allah.

Kemahiran berfikir seperti ini yang kita perlukan. Islam ialah satu cara hidup yang berprinsip. Al-Quran yang diturunkan itu menerangkan prinsip-prinsip tersebut. Sunnah Rasulullah pula banyak menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai prinsip-prinsip itu.

Kemahiran berfikir ini terlalu penting. Ia akan membentuk manusia-manusia yang berfikiran fleksibel dan mampu memahami Islam dengan sebaiknya. Ia juga akan menguatkan pegangan aqidah dan tidak mudah terpengaruh dengan kefahaman-kefahaman luar yang mengelirukan.

Jika mahu mengubah sistem pelajaran Malaysia sedia ada untuk membentuk kemahiran berfikir, ia adalah di luar kawalan kita. Fokuskan tenaga pada sesuatu yang berada dalam kawalan kita. InsyaAllah kita mampu mengubahnya!

Wacana Politik Bersama Pak Cahyadi Takariawan

Posted on Updated on

Bismillah

Alhamdulillah, semalam sempat saya mengikuti satu slot bersama Pak Cahyadi Takariawan, antara tokoh penting yang berjuang dalam PKS (Partai Keadilan Sejahtera) di Indonesia. Beliau juga merupakan ahli majlis syura PKS.

Alhamdulillah, perkongsian semalam terlalu banyak manfaatnya. Antara perkara yang harus kita teladani ialah, kita MESTI tidak putus-putus teruskan usaha dakwah walaupun sehebat mana tentangan yang diberikan oleh pihak pemerintah.

Pak Cahyadi berkongsi bagaimana keperitan ikhwah di Indonesia ketika di zaman pemerintahan Suharto. Ramai pejuang-pejuang Islam dibunuh di zamannya, pergerakan-pergerakan Islam ditekan habis-habisan untuk menahan kebangkitan kesedaran Islam di Indonesia. Inilah ujian yang berlaku ketika di zaman Suharto.

Kini Indonesia dipimpin oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dan PKS bekerjasama untuk memenangkan SBY. Kerjasama antara PKS dan Partai Demokrat (dipimpin oleh SBY) ini berlaku sejak PilPres (Pemilihan Presiden) 2004. Tindakan ini dilakukan oleh PKS atas beberapa sebab. Antaranya adalah SBY merupakan calon presiden yang paling kurang mudhoratnya berbanding calon-calon yang lain.

Alhamdulillah atas kerjasama ini, PKS memperolehi banyak manfaatnya. Manfaat yang paling dirasai adalah kebebasan untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti dakwah dan tarbiyyah di seluruh Indonesia. Dan ini merupakan sesuatu nikmat yang besar impaknya ke atas ikhwah di sana khususnya, dan masyarakat Indonesia umumnya.

Melalui kerjasama ini, PKS telah berjaya membentuk satu ‘Payung Politik’ yang agak kukuh. Mereka memanfaatkan sepenuhnya peluang ini dengan menggerakkan seluruh jentera yang ada untuk menyebarluaskan mesej Islam di sana.

Pada Pemilu 1999, PKS memperolehi sebanyak lebih kurang 1.3% undi. Pada 2004, ia meningkat kepada 7.4%. Dan pada Pemilu 2009 yang diadakan baru-baru ini, PKS hanya berjaya meningkatkan sedikit sahaja undi kepada 7.8%.

Kalau diikutkan unjuran yang mereka buat, sepatutnya mereka mampu untuk mencapai undi melebihi 20% pada Pemilu 2009 seterusnya mampu untuk mencalonkan presiden dari PKS sendiri. Namun, atas kegagalan ini, PKS sekali lagi akan bekerjasama dengan Partai Demokrat, dengan calon presidennya SBY pada PilPres 2009 Julai nanti.

Alhamdulillah, itulah sedikit sebanyak perjuangan PKS, sebuah parti yang amat dikenali dengan kegiatan dakwahnya.

Agenda to Change Our Condition (Final)

Posted on Updated on

Bismillah

All the time we have been thinking about our future, our goals, what we are going to be in the next 5, 10, 20 years from now. But we have to be certain that what we do now of course will affect us in future.

We can, and have a choice to remain as we are now. But if we think deeply about being in Jannah and not in Hellfire, can we confidently say that what we do now, in daily life, will bring us to Jannah? And if we happen to compare our imaan now with the imaan of sahabah, can we surely say that we will not be in Hellfire?

Undoubtly the answer is NO. Why? Ask yourself.

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ

…Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri…(Ar-Ra’d 13:11)

Agenda to Change Our Condition (4)

Posted on

Bismillah

Bagaimana mahu mengekalkan perubahan yang telah dilakukan?

Speaker: Imam Zaid Shakir

Frasa “Biar sedikit yang penting istiqamah” tiada salah silap jika kita mahu aplikasikannya. Tetapi yang menjadi masalah ialah bagaimana kita memahami konteks sebenar yang dibawa oleh frasa tersebut?

Kata Imam Zaid Shakir dalam video di atas, untuk membina spiritual muscle, kita perlu struggle. Struggle dalam erti kata, kalau sesuatu ibadah yang sedikit itu sudah menjadi senang buat kita, kita perlu menambahnya. Sebagai contoh, jika tahajjud seminggu sekali sudah menjadi suatu kesenangan bagi kita, kita seharusnya meningkatkannya kepada 2 kali seminggu dan seterusnya.

Kita tidak boleh berada di takuk yang lama. Apa yang menjadikan umat Islam mundur sekarang ini ialah, kita masih berdegil dan bersenang dengan apa yang kita ada. Kita tidak mahu keluar dari zon selesa dengan alasan tidak mahu mengambil risiko dan lain-lain lagi alasan untuk menjustifikasikan kedegilan kita.

Kekal dengan perubahan yang sama, atau lakukan perubahan secara konsisten dan berperingkat, perkara ini harus kita fikir dan renungkan bersama. Berapa ramai umat manusia yang menyangka mereka sudah berubah menjadi baik, tapi hakikatnya mereka masih berada di takuk yang lama.

Lihatlah orang di sekeliling kita. Ambillah cebisan pengalaman daripada hidup mereka. Jadikan ianya satu pengajaran dalam hidup kita. Agar kita dapat mengelakkan diri dari dilanda bala yang bertimpa-timpa.

Cukuplah Tsunami 2004 menjadi peringatan untuk kita semua…

Agenda to Change Our Condition (3)

Posted on Updated on

Bismillah

Pembentukan Individu Muslim

Kita sudah biasa dengar mengenai laungan, slogan, kempen, khutbah, ceramah, dan seumpamanya, yang menyeru kepada perubahan. Iaitu perubahan dari segi sikap, pemikiran, pendidikan, politik, pentadbiran, kekeluargaan, dan sebagainya, yang menjurus ke arah pembinaan semula jati diri atau sahsiah khususnya, dan kesatuan umat Islam umumnya.

Namun semua perubahan ini tidak mungkin berjaya dilaksanakan, tanpa menekankan terlebih dahulu kepada aspek pembangunan individu-individu Muslim yang membentuk masyarakat kita pada hari ini. Pembangunan individu Muslim ini terlalu penting kerana individu ini yang akan membawa mesej Islam kepada orang di sekelilingnya

Dalam sistem usrah, kita mengetahui bahawa objektifnya adalah untuk membentuk 10 muwassofat atau ciri-ciri yang telah digariskan oleh pendukung Islam terdahulu. 10 muwassofat tersebut ialah:

1. Aqidah yang sejahtera
2. Ibadah yang sahih
3. Akhlak yang mantap
4. Luas pengetahuan
5. Sihat tubuh badan
6. Mampu berusaha
7. Mampu melawan nafsu
8. Menjaga waktu
9. Terurus dalam urusan
10. Berguna untuk orang lain

Antara langkah penting yang boleh diambil di peringkat individu yang insyaAllah boleh menyumbang ke arah pembentukan 10 muwasofat di atas ialah:

  1. Jaga solat 5 waktu
  2. Jaga lidah
  3. Jaga mata
  4. Jaga telinga
  5. Jaga perut
  6. Jaga kemaluan’
  7. Jaga tangan
  8. Jaga kaki

Jagalah solat 5 waktu sehari semalam. Istiqamah solat di awal waktu, solat berjemaah di masjid bagi lelaki, khusyu’ dalam solat, jaga rukun dan kesempurnaan solat.

Jagalah lidah daripada mengatakan perkataan yang sia-sia, mengumpat, mencaci, menghina, merendah-rendahkan orang lain dan sebagainya.

Jagalah mata daripada melihat perkara yang dilarang seperti video lucah, gambar-gambar pornografi, dan sebagainya.

Jagalah telinga daripada mendengar perkara yang sia-sia, umpatan, cacian, maki-hamun, sumpah seranah, lagu-lagu yang melalaikan, dan sebagainya.

Jagalah perut daripada memakan makan yang didapatkan melalui sumber yang haram, elakkan makan secara berlebihan, bersederhana dalam makan, berhenti sebelum kenyang.

Jagalah kemaluan daripada zina, onani dan sumpamanya. Allah telah melarang kita bukan sahaja daripada berzina bahkan mendekatinya juga adalah suatu kesalahan yang besar.

Jagalah tangan daripada melakukan perkara yang menyakiti orang lain seperti mencuri, merompak, membunuh, memukul tanpa sebab, dan sebagainya.

Jagalah kaki daripada melangkah ke tempat-tempat yang dilarang oleh Allah seperti disko, pub, kelab-kelab malam, dan seumpamanya.

InsyaAllah jika kita melaksanakan sebaiknya langkah-langkah ini, Allah akan memudahkan kita untuk mencapai taqwa, iaitu matlamat utama disebalik pembentukan 10 muwasofat yang dinyatakan di atas tadi.

وَتَزَوَّدُواْ فَإِنَّ خَيۡرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقۡوَىٰ‌ۚ

Bawalah bekal, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa. (Al-Baqarah 2:197)


Agenda to Change Our Condition (2)

Posted on

Bismillah

Begin with the end in mind

To begin a change, first we have to now what are the real purposes of life. In other words, why God created us. Let’s take a look at these two verses:

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ

And I (Allâh) created not the jinn and mankind except that they should worship Me (Alone). (Adz-Dzaariyaat 51:56)

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬‌ۖ

Behold thy Lord said to the angels: “I will create khalifah on earth.” (Al-Baqarah 2:30)

So based on these two verses, Allah has created us for two fundamental objectives: to be servants (‘aabid) and leaders (khalifah). We may have heard these two verses thousands of  times, but do we really care about the meaning of ‘aabid and khalifah?