Month: May 2009

Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian…

Posted on Updated on

Bismillah

Alhamdulillah, sekali lagi Allah memberikan kemudahan untuk meluangkan masa mendengar kuliah tafsir mingguan yg disampaikan oleh Br Nouman Ali Khan. Alhamdulillah kelajuan internet di rumah ni mampu untuk streaming kuliah tersebut.

Kuliah sebentar tadi menyebut tentang surah Al-A’laa. Saya amat tertarik dengan kuliah ini kerana Br Nouman memasukkan tafsiran perkataan-perkataan arab secara detail dalam presentation sekali gus membantu saya lebih memahami Al-Quran insyaAllah.

Saya tertarik bila beliau menghuraikan ayat ke-14 surah ini yang bermaksud:

“Sesungguhnya berjayalah orang (yang setelah menerima peringatan itu berusaha) membersihkan dirinya (dengan taan dan amal yang soleh)”.

Dalam ayat ini, beliau menerangkan bahawa untuk seseorang itu berjaya, dia sememangnya perlu melalui perbagai caran dan dugaan kehidupan. Dalam erti kata lain, seseorang itu memang akan menghadapi banyak kesusahan dan kesulitan, sebelum di boleh mencapai kebahagiaan dan kesenangan.

Umpama petani, yang memerah keringat bercucuk tanam. Bersusah payah menjaga dan memelihara tanaman mereka. Terpaksa membelanjakan banyak wang untuk memastikan tanaman mereka tidak rosak dimakan serangga. Banyak juga wang dilaburkan dalam penyelidikan bagi memastikan hasil tanaman nanti adalah yang terbaik.

Begitulah juga manusia lainnya. Untuk memperolehi kebahagiaan dan kejayaan di akhirat kelak, banyak kesusahan dan penderitaan yang harus dilalui. Namun itulah pengorbanan yang harus dilakukan. Tiada jalan mudah untuk beroleh kebahagiaan yang kekal abadi.

Kita harus mendisiplinkan diri kita untuk berjaya. Beberapa langkah penting yang harus diambil untuk memastikan diri kita mencapai apa yang kita mahukan di akhirat nanti insyaAllah.

Seperti yang kita ketahui, bila mati anak Adam, semua benda yang dimiliki akan ditinggalkan di dunia ini kecuali 3 perkara iaitu, Ilmu yang bermanfaat, sedeqah jariah, doa anak yang soleh. Ketiga-tiga perkara ini berkaitan dengan sifat memberi.

Ilmu itu tidak akan bermanfaat pada orang lain jika hanya disimpan dalam diri kita sahaja. Harta yang kita perolehi tidak akan bermanfaat pada orang lain jika kita hanya simpan untuk diri kita sahaja dan tidak pernah terfikir untuk menderma kepada mereka yang menghadapi kesulitan. Seorang anak tidak akan menjadi soleh jika ibu bapanya tidak memberikan didikan Islam yang baik padanya.

Untuk mendapatkan ketiga-tiga perkara ini, banyak kesusahan yang perlu kita hadapi terlebih dahulu. Ilmu tu harus dipelajari dari mereka yang mempunyai kredibiliti untuk mengajarnya. Jika ingin mendalami ilmu matematik, carilah professor matematik dan begitulah seterusnya. Dan untuk mengajarkannya pada orang lain, kita harus dalami dulu ilmu untuk mengajar. Setelah cukup bekalan kedua-dua ilmu ini, barulah kita mengajarkannya pada orang lain dan ilmu itu menjadi bermanfaat pada mereka.

Begitulah aturan kehidupan seorang yang ingin menjadikan ilmu yang ada padanya bermanfaat pada orang lain. Kita tidak akan mampu mengajarkan sesuatu ilmu jika kita sendiri tidak mempunyai apa-apa maklumat tentangnya. Inilah antara bentuk cabaran yang perlu dihadapi sebelum kita boleh mencapai matlamat kita.

Tiada jalan pintas untuk berjaya. Setiap kejayaan perlu ada pengorbanan. Pengorbanan itu membentuk diri kita. Individu yang benar-benar berjaya ialah mereka yang membentuk diri mereka untuk berjuang di jalan Allah dan kejayaan mereka adalah dengan memperolehi syurga.

Dalam ayat ini, beliau menerangkan bahawa untuk seseorang itu berjaya (di akhirat), dia sememangnya akan melalui pelbagai cabaran dan dugaan kehidupan. Dalam erti kata lain, seseorang itu memang akan melalui kesusahan yang pelbagai dahulu, sebelum dia boleh mencapai kebahagiaan atau kesenangan di akhirat kelak. Itulah nilai yang perlu dibayar bagi individu yang ingin berjaya.

Hadith of the Day

Posted on

“Ajaib urusan seorang muslim, sesungguhnya segala urusannya adalah baik. Apabila dia mendapat kesenangan dia bersyukur dan apabila dia ditimpa kesusahan dia bersabar maka menjadilah baik baginya” (riwayat Bukhari)

Fikah Luar Negara by Ustaz Maszlee Malik

Posted on Updated on

Bismillah

Alhamdulillah, sempat saya habiskan buku nipis bertajuk “Fikah Luar Negara” yang ditulis oleh Ustaz Maszlee Malik, satu nama yang tidak asing lagi terutamanya di kalangan mahasiswa di Malaysia.

Buku ini menerangkan dengan ringkas beberapa rukhsah yang terdapat dalam ajaran Islam berdasarkan pendapat para ulama’ terdahulu dan kontemporari.Hujah-hujahnya tetap bersumberkan al-Quran dan hadith yang sahih. Yang dibentangkan dalam buku ini ialah perbezaan pendapat para ulama dan beberapa kecenderungan penulis dalam memilih sesuatu pendapat.

Antara permasalahan yang disentuh dalam buku ini ialah soal menyapu khauf, jama’ dan qasar (jarak min, berapa lama boleh qasar, etc.), pemakanan (kosher, etc.), serta beberapa isu lain yang menarik dikupaskan.

Bagi saya, buku seumpama ini mesti dimiliki oleh mereka yang akan berhijrah keluar negara sama ada untuk jangka masa pendek atau panjang kerana buku ini sedikit sebanyak mampu menjelaskan beberapa kekeliruan serta membantu meringankan sedikit urusan melaksanakan ibadah ketika bermusafir dan berada di perantauan.

InsyaAllah dengan memahami isi kandungan buku ini juga, kita akan dapati bahawa Islam itu adalan cara hidup yang mudah dan tidak menyusahkan.

Wallahua’lam

“Hanya Ilmu Yang Boleh Mengubah Nasib Kita”

Posted on

Bismillah

Alhamdulillah, saya baru selesai membaca buku “Catatan Hati Nik Nur Madihah”. Nik Nur Madihah merupakan seorang pelajar yang mencatat rekod baru dalam sejarah SPM di Malaysia dengan memperolehi 20A (19 1A, 1 2A)

Saya amat kagum dengan semangat luar biasa beliau. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk berjaya dalam keadaan keluarga yang susah. Hanya ayahnya sahaja yang bekerja dan pendapatan yang diperolehinya adalah lebih kurang RM500 sebulan.

Kejayaan beliau banyak dibantu oleh guru-guru yang amat perihatin. Untuk menjadi seorang yang berjaya secara konsisten bukanlah mudah, tapi itula yang telah diusahakan oleh beliau, dan ini memang telah menarik perhatian guru-guru beliau.

Segala usaha yang beliau lakukan tidak lengkap tanpa tahajjud di malam hari. Beliau juga konsisten mengamalkan sunat dhuha dan berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Inilah perkara yang paling mengkagumkan saya.

Seorang yang mesra dan sentiasa menjaga hijabnya, inilah antara bukti bahawa Islam tidak sesekali menghalang seseorang untuk berjaya. Selain itu banyak disiplin yang beliau jaga dalam kehidupan seharian. Ini semua adalah resepi kejayaan.

Setelah berjaya, banyak ganjaran duniawi yang diterima. Rumah baru, laptop, telefon bimbit serta pelbagai lagi hadiah yang diterima. Keadaan ini jauh sekali membuatkan beliau sekeluarga lupa daratan, tetapi kerisauan yang menduga mereka sekeluarga. “Ayah takut, ini adalah ujian yang boleh melalaikan kita dari Allah”, itulah keluhan dari seorang hamba yang berasa dunia ini bukan tempatnya yang abadi.

Begitulah cara Allah menunjukkan bahawa Islam ini sangat praktikal sepanjang zaman. Islam bukanlah penghalang kejayaan, jauh sekali pengahalang kemajuan. Kita banyak dimomokkan dengan anasir-anasir luar yang telah menghanyut kita dalam kepercayaan yang karut yang menghina Islam.

Tiada yang lebih baik daripada apa yang didatangkan oleh Allah kepada umat manusia melalui kekasih agungNya. Hanya dengan memahami Islam, seseorang itu akan beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.

Emotional Quotient

Posted on Updated on

Emotional Intelligence (EI), often measured as an Emotional Intelligence Quotient (EQ), is a term that describes the ability, capacity, skill or (in the case of the trait EI model) a self-perceived ability, to identify, assess, and manage the emotions of one’s self, of others, and of groupsWikipedia

Goleman identified teh 5 ‘domains’ of EQ as:

1. Knowing your emotions

2. Managing our emotions

3. Motivating your emotions

4. Recognizing and understanding other people’s emotions

5. Managing relationships, ie. managing the emotions of others

– Taken from here.

Bolehkah Master PIES Difahami Tanpa Melaksanakan Credit Hour Juice?

Posted on

PIES – fizikal, intelektual, emosional dan spiritual merupakan 4 elemen yang membentuk diri seorang manusia. Tidak sempurna penciptaan seorang manusia tanpa elemen-elemen ini hatta seorang penjenayah sekali pun, dia tetap mempunyai kesemua elemen ini.

Bagi seorang manusia yang ingin memahami PIES dalam dirinya, ada beberapa perkara yang tidak boleh tidak dilaksanakan dalam kehidupan seharian. Salah satunya ialah Credit Hour Juice (CHJ). Apakah yang dimaksudkan dengan CHJ ini?

Credit Hour Juice atau CHJ merupakan satu tool untuk menguruskan masa secara bijaksana dan efektif. CHJ membantu seseorang untuk mencapai dan melaksanakan lebih banyak perkara dalam sesuatu tempoh masa.

Dalam satu hadith, Baginda SAW menyebut “Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara: Masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sempit, dan masa hidup sebelum mati.

CHJ mengambil konsep dalam hadith di atas untuk memanfaatkan segala peluang yang ada. Sebagai contoh, masa muda kita perlu digunakan sebaiknya. Peluang masa muda seperti tenaga yang banyak, kekuatan fizikal yang mantap boleh membantu kita untuk mencapai banyak perkara kebaikan. Tapi jika kita mensia-siakan masa muda kita, kekuatan dan tenaga kita akan menjadi tidak berguna sama ada untuk manfaat diri sendiri mahuun orang lain.

Yang paling utama sekali dalam CHJ ini ialah, masa hidup sebelum mati. Peluang masa hidup ini harus digunakan semaksimum mungkin untuk perkara kebaikan. Jika kita sudah mati nanti, tidak ada yang kita boleh usahakan lagi untuk kebaikan di akhirat.

Penguasaan konsep ini amat penting sebelum kita boleh menguasai PIES kerana konsep ini menerangkan bagaimana hidup kita perlu diatur dan dimanfaatkan secara menyeluruh. Pengurusan diri dan masa serta kekuatan dan tenaga yg diterangkan melalui konsep ini juga membantu ke arah penguasaan PIES. InsyaAllah jika kita dapat mengecapi kefahaman dalam perlaksanaan Credit Hour Juice ini, kita lebih mudah mengatur PIES dan memanfaatkannya semaksimum mungkin.

Guidelines for Developing Physical Intelligence

Posted on Updated on

1) Awareness: What is your body saying? It’s trickier than it sounds. When your knee hurts, is it okay to keep running or not? When you’re hungry, are you hungry for food or affection? Note the physical sensations, then employ emotional and intellectual intelligence before deciding what, if any, action to take.

2) Commitment: What if you promised your body you would “have and hold,” it, and “love and cherish,” it, “in sickness and in health, from this day forward”? Considering the stakes (extreme illness, disability, even death,) isn’t it remarkable that so few of us make the same commitment to ourselves that we make to others?

3) Humility. Your body can’t tell you everything. Tests (PAP smears, mammograms, prostate exams, colonoscopies) can detect cancer and other ailments that you can’t detect on your own. So don’t depend on physical intelligence alone. Periodically seek help from professionals.

Taken from here.