Bismillah
Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah
Buat pertama kalinya, setelah 2 kali menghadiri muktamar pada tahun 2007 & 2008, saya dapat duduk dengan tekun dan menikmati isi kandungan pengisian yang disampaikan pada muktamar kali ini. Pada muktamar 2007, saya menjadi sukarelawan di dapur, membantu menyediakan makanan untuk para peserta muktamar. Tahun 2008, saya menjadi co-director, yang menyebabkan saya sibuk ke hulu ke hilir demi memastikan segala-galanya berjalan dengan baik.
Untuk Muktamar 2009, saya mengepalai jawatankuasa yang mengatur tentatif dan speaker. Dan bagi saya beserta sahabat yang bersama mengatur tentatif, kami sudah cuba melakukan sedaya upaya kami untuk menjadikan Muktamar kali ini lebih baik daripada yang lalu. Alhamdulillah, sejujurnya saya amat berpuas hati dengan perjalanan keseluruhan program, lebih baik daripada 2008. Tahniah saya ucapkan kepada sahabat saya Wan Khalil, director Muktamar kali ini.
Alhamdulillah…2010 sudah menjelma. Selalunya tahun baru, ramai orang yang berazam akan melakukan perubahan. Mudah-mudahan apa yang dirancangan itu mendapat pertolongan dan keberkatan dari Allah. Untuk diri saya sendiri, saya tidak boleh tunggu sehingga tahun baru untuk melakukan perubahan. Kerana takut saya mati, sebelum sempat berubah. InsyaAllah, dengan masa yang ada, saya akan cuba sebaiknya untuk sekurang-kurangnya memperbaiki diri sendiri, kalau tidak orang lain.
Masa memang amat pantas berlalu. Kini saya sudah menjadi di kalangan seniors di Purdue.
Ya Allah, bantulah diriku dan sahabat-sahabatku, tingkatkanlah kesabaran kami, terimalah ‘amal kami, tempatkanlah kami di kalangan orang-orang yang memperjuangkan Agama-Mu ya Allah. Ampunkanlah dosa kami, dan matikanlah kami dengan mati syahid. Ameen.