Bismillah
Ramadhan yang lalu menjadi medan pemangkin bagiku
Pemangkin kepada satu perubahan yang lebih laju
Perubahan yang menjanjikan seribu macam agenda baru
Perubahan yang akan menguatkan diriku
Untuk menjadi seorang hamba yang lebih bermutu
Namun aku tidak mampu untuk berjanji
Kerana dunia ini banyak serba tidak pasti
Perubahan yang cuba ku usahakan ini
Memerlukan kesabaran yang tidak henti-henti
Mendambakan kegigihan yang aku sendiri sedang mencari-cari
Namun ku amat yakin dan pasti
Janji Ilahi itu tidak boleh dinafikan lagi
Oleh itu aku haru berusaha dan berusaha lagi
Moga aku terus tsabat dijalan ini
Sehingga akhir hayat ku nanti
Bersama-sama dengan orang yang dikasihi Ilahi
Ya Allah ya Rabbi
Tiada yang ku cari melainkan cinta yang pasti
Andai aku tidak mampu mencari
Kau suluhi lah jalan yang aku bakal lalui ini
Aku amat takut jika aku futur nanti
Tiada siapa yang datang untuk membimbingku lagi
Ya Rabbi
Maafkan diriku ini
Aku hanyalah insan yang lemah
Yang sentiasa memerlukan kekuatan dan petunjuk dariMu

