This is the response to the previous post.
Bismillah
Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah
Peringatan ini adalah ditujukan terutamanya kepada diri saya sendiri
Bagaimana untuk kekal istiqamah?
Saya amat yakin bahawa setiap individu sebenarnya sudah pun mengetahui jawapannya. Soalan ini mempunyai jawapan yang mudah, tapi untuk mempraktikkan apa yang kita tahu, itu yang menjadi suatu cabaran kepada semua orang termasuk saya sendiri.
Secara umumnya, bukanlah suatu perkara yang mudah untuk kita terus mempertahankan Islam dalam diri kita pada saat keadaaan di sekeliling kita penuh dengan perbuatan jahiliyyah dan maksiat. Dalam erti kata yang lain, kita amat terdedah kepada perkara-perkara yang batil tetapi kurang terdedah kepada perkara-perkara kebaikan dalam kehidupan seharian kita.
Satu contoh perkara batil yang boleh kita ambil ialah sikap kita yang suka membuang masa.
Begitu mudah untuk membuang masa bukan? Melayari Facebook (stalking, etc), Friendster, bermain games dalam komputer, Xbox, PS3, Wii, melayan movie (selain daripada yang boleh mendekatkan diri kepada Allah), drama, telenovela dan banyak lagi sebenarnya perkara-perkara yang masing-masing boleh senaraikan. Cabarannya ialah bagaimana kita mahu meninggalkan semua ini?
Tanyalah dalam diri masing-masing, apakah sebenarnya yang kita ingin capai dengan melakukan perkara-perkara di atas? Apakah sebenarnya yang kita cari bila kita melakukan perkara-perkara tersebut? Ketenangan? Kelapangan?
Kalau itulah yang kita ingin capai, bagaimana dengan firman Allah ini?
أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ
Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia
(Ar-Ra’d, 13:28)
Siapalah kita untuk menafikan ayat di atas.


acespiretribe
November 22, 2009 at 4:38 pm
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
May I share my advice on how to begin and sustain istiqamah? I make sure my worldview (tasawwuf/pandangan alam) is based on Al Quran and the Sunnah and this involves always remembering Akhirah, too.
So, when I’m doing or about to do something that has no benefit to me in Akhirah, I usually refrain from doing that thing.
I hope this helps, Insha’Allah.
imranty
November 22, 2009 at 6:51 pm
Thanks for your advice alhamdulillah.
Indeed thats exactly what we need to think before we pursue any actions in our lives.