MISG and Final Exams…
I’m speechless.
Bismillah
What do you think, about a life – watching movies and dramas, playing computer games, and then stop for praying and reading Al-Quran a little bit, then continue again, then studying and working on homework, and spend a little bit of time to do religious deeds, then watching movies again, and so on. What do you think the Prophet Muhammad SAW would say if he sees us doing all that?
Bismillah

On the authority of Abu ‘Abd al-Rahman ‘Abdullah bin ‘Umar bin al-Khattab, radiyallahu ‘anhuma, who said: I heard the Messenger of Allah, sallallahu ‘alayhi wasallam, say:
“Islam has been built upon five things – on testifying that there is no god save Allah, and that Muhammad is His Messenger; on performing salah; on giving the zakah; on Hajj to the House; and on fasting during Ramadhan.”
[Al-Bukhari & Muslim]
Bismillah
Persoalan istiqamah ini bukanlah isu yang biasa. Kita harus jelas mengenai banyak perkara sebelum kita boleh betul-betul faham dan amalkan apa yang kita ketahui untuk sentiasa maintain istiqamah insyaAllah. Perkara ini saya alami sendiri. Tiada short-cut yang boleh diambil. Perkara ini berkaitan dengan disiplin diri kita. Jika kita gagal berdisiplin, kita akan gagal beristiqamah.
Untuk mencapai istiqamah itu sendiri memerlukan latihan harian. Sebagai contoh, baca doa sebelum tidur. Ada disiplin yang perlu kita tetapkan pada peringkat awal kerana kita sebelum ni masih belum biasa atau tidak pernah baca doa sebelum tidur. Untuk break the habit, kita perlukan disiplin dan latihan.
Kita perlu melatih diri kita agar melakukan persediaan untuk tidur itu sendiri sama ada dengan mengambil wudhu, berus gigi dan sebagainya. Kemudian jangan lantas terus baring dan menyelubung dalam selimut. Duduk dahulu dan fikirkan perkara apa yang kita perlu buat sebelum tidur supaya kita dalam ingat balik perkara yang kita rancang untuk buat sebelum tidur. Kena perlu berdisiplin dengan melakukan perkara ini berulang kali sehingga ia menjadi habit kita untuk membaca doa sebelum tidur. Dari situ insyaAllah akan lahir sifat istiqamah dalam membaca doa sebelum tidur.
Ya, kita perlu establish sesuatu perkara dahulu sebelum kita boleh istiqamah melakukannya.
Untuk istiqamah dalam keimanan, perkara ini lebih rumit berbanding membaca doa dalam tidur. Banyak perkara yang perlu kita establish. Banyak perkara…
Bismillah
I seriously dont like things that happen in Selangor now. Lekehnya pihak berkuasa kerana masih beranggapan rakyat macam tade akal!
Bismillah
“Saya telah menyatakan sebelumnya bahawa secara mutlak tidak ada perbedaan antara seorang Muslim dengan kafir, kecuali dalam masalah pengetahuan dan perbuatan. Apabila pengetahuan dan perbuatan seseorang sama dengan pengetahuan seorang kafir, sedangkan dia menyebut dirinya seorang Muslim, maka ucapannya itu adalah dusta yang tidak tahu malu. Seorang kafir tidak suka membaca Al-Quran dan tidak tahu apa yang tertulis di dalamnya. Apabila seorang yang mengaku Muslim keadaannya juga demikian, bagaimana ia dapat disebut seorang Muslim?
Seorang kafir tidak mengetahui apa yang diajarkan Rasulullah SAW dan jalan lurus yang telah ditunjukkannya untuk menuju kepada Allah. Apabila seorang yang mengaku dirinya Muslim sama bodohnya seperti ini, bagaimana ia boleh disebut seorang Muslim? Seorang kafir hanya mengikuti kemahuannya sendiri, bukan perintah Allah. Apabila seorang yang mengaku Muslim sama seperti ini, kerasa kepala, dan hanya mengiktui fikiran dan pendapatnya sendiri, mengacuhkan Allah, dan menghamba kepada kemahuannya sendiri, maka bagaimana ia punya hak untuk menyebut dirinya seorang Muslim (hamba Allah yang patuh)? Seorang kafir tidak membedakan antara yang halal dan yang haram dan mengambil apa saja yang menguntungkan dan menyenangkan baginya dengan tidak memperdulikan apakah itu halal atau haram dalam pandangan Allah. Apabila seorang yang menyebut dirinya Muslim tingkah lakunya sama dengan seorang bukan Muslim, apa bedanya die dengan seorang kafir?”
Dipetik daripada “Manhaj Hidup Muslim” oleh Shaykh Sayyid Qutb & Shaykh Maududi
Dan ingatlah selalu:
ٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا لَعِبٌ۬ وَلَهۡوٌ۬ وَزِينَةٌ۬ وَتَفَاخُرُۢ بَيۡنَكُمۡ وَتَكَاثُرٌ۬ فِى ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَوۡلَـٰدِۖ كَمَثَلِ
غَيۡثٍ أَعۡجَبَ ٱلۡكُفَّارَ نَبَاتُهُ ۥ ثُمَّ يَہِيجُ فَتَرَٮٰهُ مُصۡفَرًّ۬ا ثُمَّ يَكُونُ حُطَـٰمً۬اۖ وَفِى ٱلۡأَخِرَةِ عَذَابٌ۬ شَدِيدٌ۬
وَمَغۡفِرَةٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَرِضۡوَٲنٌ۬ۚ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ
Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya
(Al-Hadid. 57:20)
This is the response to the previous post.
Bismillah
Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah
Peringatan ini adalah ditujukan terutamanya kepada diri saya sendiri
Bagaimana untuk kekal istiqamah?
Saya amat yakin bahawa setiap individu sebenarnya sudah pun mengetahui jawapannya. Soalan ini mempunyai jawapan yang mudah, tapi untuk mempraktikkan apa yang kita tahu, itu yang menjadi suatu cabaran kepada semua orang termasuk saya sendiri.
Secara umumnya, bukanlah suatu perkara yang mudah untuk kita terus mempertahankan Islam dalam diri kita pada saat keadaaan di sekeliling kita penuh dengan perbuatan jahiliyyah dan maksiat. Dalam erti kata yang lain, kita amat terdedah kepada perkara-perkara yang batil tetapi kurang terdedah kepada perkara-perkara kebaikan dalam kehidupan seharian kita.
Satu contoh perkara batil yang boleh kita ambil ialah sikap kita yang suka membuang masa.
Begitu mudah untuk membuang masa bukan? Melayari Facebook (stalking, etc), Friendster, bermain games dalam komputer, Xbox, PS3, Wii, melayan movie (selain daripada yang boleh mendekatkan diri kepada Allah), drama, telenovela dan banyak lagi sebenarnya perkara-perkara yang masing-masing boleh senaraikan. Cabarannya ialah bagaimana kita mahu meninggalkan semua ini?
Tanyalah dalam diri masing-masing, apakah sebenarnya yang kita ingin capai dengan melakukan perkara-perkara di atas? Apakah sebenarnya yang kita cari bila kita melakukan perkara-perkara tersebut? Ketenangan? Kelapangan?
Kalau itulah yang kita ingin capai, bagaimana dengan firman Allah ini?
أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ
Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia
(Ar-Ra’d, 13:28)
Siapalah kita untuk menafikan ayat di atas.
2. الحمد لله رب العلمين :
Ada beberapa perkara menarik yang boleh kita lihat dalam ayat di atas. Ayat di atas secara umumnya adalah satu penyataan terima kasih hamba-hamba kepada Allah. Dan perkataan ‘Al-Hamdu’ yang digunakan dalam ayat di atas mempunyai maknanya yang begitu luas dan meliputi makna perkataan yang lain.
Mengapa tidak diletakkan Asy-Syukru? Kerana asy-syukru bererti kita berterima kasih atas apa yang kita terima sahaja. Jika kita tidak terimanya, kita tidak akan menyebut ‘asy-syukru’. Bagaimana pula dengan ‘Al-Mad-hu’? Perkata ini pula bermakna kita memuji seseorang yang tidak layak menerima pujian tersebut.
Tetapi dalam ‘Al-Hamdu’, kita memuji Allah kerana Allah memang layak menerima pujian itu. Dan kita juga menyatakan ucapan terima kasih kita kerana mengurniakan nikmat kepada kita DAN kepada orang lain juga.